❤ Kisah Teladan ❤

Suatu hari seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

"Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya,"ujar wanita itu penuh mengharap.

Namun Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang ke arah suami wanita itu. Rambutnya kusut masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar menyemakkan pandangan mata.

Lalu Umar memberi isyarat kepada kepada lelaki itu.Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyikatnya dengan rapi. Lelaki itu segera melaksanakan perintah Umar itu.

Tidak lama kemudian, lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya yang langsung tidak mengenalinya. Wanita itu terkejut kerana "lelaki asing" itu memegang tangannya lantas berkata, "Wahai hamba Allah, subhanallah! apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?"

Melihat adegan tersebut, Umar tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya ialah suaminya sendiri.

Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada Umar bahawa ia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya, pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan. 

"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka, sebagimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka," kata Umar.
 
SaYaNg SeLaLu ,
~ Lya ❤


Catat Ulasan

0 Ulasan