Adakah Anda Tahu Tentang Bantuan RM2500 Dari KWSP ????

PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP!

Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP , tidak kira berapa banyak wang yang anda ada di dalam akaun KWSP dan tidak kira berapa lama anda telah membayar kepada KWSP ... mengikut Undang-undang Kerajaan KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila ahli meninggal (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan).

KWSP tidak pernah memberitahu kepada kita tentang pekara ini, kalau di hitung, sangatlah sedikit keluarga yang benar-benar menerima RM 2500 ini apabila ahli KWSP meninggal dunia, kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah RM 2500 pergi apabila ahli meninggal dan keluarga  tidak menuntut RM2500? Fikir fikirkan ....

Oleh itu, saya menyeru sila salurkan maklumat ini kepada semua  keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila ada di kalangan ahli KWSP dalam keluarga yang meninggal. Jangan biarkan  RM 2500 ini hilang tanpa kesan...

Rujuk dan isi borang di SINI .. Semoga bermanfaat 
Jom sebarkan semoga menjadi pahala berterusan

Sumber : www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/207297/borang_kematian_-_utama__mei_2012_.pdf


~ Lya 


/

Catat Ulasan

0 Ulasan