5 Punca Mata Anda Cepat Letih

Sejak dua menjak ni mata Lya selalu sangat rasa LETIH ...
Nak cakap camner ya
Rasa cam mata ni penat benorr
Cari kat Mr google sebab per mata cepat letih
Ada benornyerr jugak la sebab simptom2 tu ada kat bawah




Jom baca sebab pe mata cepat letih

Terlalu fokus-  Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca,
memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan
bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa
 letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau
sebelum kembali menyambung tugasan.

Masalah mata- Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata
anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya
perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan
nasihat dari pakar.

Sistem pencahayaan yang tidak baik- Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu
sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan dilatory untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.

Bekerja lebih masa- Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan
mata adalah dengan menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain telefon
bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk
bekerja lebih masa.

Jarang berkelip- Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya
akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan
untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan.
Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. salam nice sharing dear,...
    mama pun selalu juga letih, yer lah mengadap pc je.. hihi

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    BalasPadam
  2. Tu la bila selalu sgt duk ngadap PC mmg mata jd letih kan huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Salam. Good info.
    Klau student mcm sya ni memang hari2 mengadap PC je.. huhu.. mana tak nya mata letih

    BalasPadam
  4. mmg klu kje yg ngadap komputer je mmg sebaiknye tgk tunbuhan hijau..nasib dpn opis tb byk warna ijau..walpaper komputer pon da gambar tumbuhan hijau..ok jugak kn hehe

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.