Diaorang Kena Buat Pilihan !

January 17, 2018

Diaorang Kena Buat Pilihan ! | Tahun 2018 ni Iman dah masuk usia 11 tahun dan Akif dah masuk 9 tahun. Iman sekarang ni dah start tuisyen masa awal tahun baru baru ni. Ada beberapa matapelajaran yang dia lemah sikit masa tahun 4 ritu. Jadi kena masukkan ke kelas tuisyen jugak untuk tahun ni. Tahun lepas bukan tak nak masukkan ke kelas tuisyen tapi Iman banyak sangat komitmen ngan kelas kat sekolah, kelas fardhu ain dan jugak projek bola. Bila terlampau banyak komitmen kadang kadang dia penat sangat, kerja sekolah tak sempat nak siapkan dia dah tertidur. Terpaksa la kejutkan awal sikit waktu pagi untuk dia siapkan kerja sekolah. 

Tahun lepas diaorang aktif bola sepak. Pendek kata seminggu tiga kali KakYa hantar dan ambik diaorang kat Akademi Tunas di SK BUKIT MENTOK. Balik rumah kadang kadang dekat nak maghrib baru sampai rumah. Tapi untuk tahun ni, Iman dengan Akif kena buat pilihan yang sukar. Dan pilihan tu akan buatkan diaorang hilang satu satunya hobi yang diaorang suka. Iman terpaksa korbankan bola sepak sebab nak tumpukan pada tuisyen sebelah malam. Kalau dia nak jugak pergi latihan bola terpaksa la tinggalkan tuisyen. Makanya dia buat keputusan nak pergi tuisyen dan tolak bola sepak. 

Bila Iman dah buat keputusan untuk diri dia, KakYa tanya Akif jugak, nak teruskan dengan bola sepak atau Akif pon nak berenti. Akif cakap takpe la Akif berenti jugak la. Lagipon kalau Abang Iman takde rasa tak best nak pegi main lagi. Ada sedih dihujung mata anak anak sebenarnya masa KakYa minta diaorang buat pilihan, sebab bola sepak memang minat diaorang dan diaorang memang serasi dah dalam pasukan Akademi Tunas tup tup tahun ni diaorang tak main dah. Tapi takpe la diaorang dah buat pilihan terbaik untuk diaorang. 


KakYa terpaksa minta diaorang buat pilihan sebab sekarang ni jadual diaorang padat sangat dan tak terkejar. Balik sekolah pukul 2 lebih atau pukul 3 baru sampai rumah, pastu nak ke kelas fardhu ain pulak. Balik fardhu ain nak bergegas ke Akademi Tunas pastu malam pulak nak pegi tuisyen. Memang padat la jadual kalau diaorang tak buat pilihan untuk buang satu pilihan yang ada. Balik tuisyen sah sah memang penat dah tak sempat nak siapkan kerja sekolah. Bila diaorang pilih untuk tak pergi Akademi Tunas, jadual diaorang takde la padat sangat. Boleh la diaorang buat kerja kerja sekolah lepas balik kelas fardhu ain. Takde la terkejar kejar lagi. Lagipon badan takla penat sangat sebab takde latihan bola dah lepas ni. Harap harap pilihan yang diaorang buat adalah yang terbaik buat dioarang berdua. Umi abah doakan yang terbaik untuk Iman dan Akif.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Lunaskan yang utama dulu.Untuk kebaikkan juga.Mesti sedih di suruh buat pilihan..antara minat dan pelajaran...

    ReplyDelete
  2. kalau dari pagi sampai malam ada aktiviti, memang penat jadinya, tak per, tahun depan masuk balik akademi tunas tu. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. biasalah tu budak2 kan sis :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.