Oren !! Aduh Menyerlah Sangat La Cam Cik Ta La Pulak

December 20, 2017

Oren !! Aduh Menyerlah Sangat La Cam Cik Ta La Pulak  | Hadoi laa, pagi tadi duk sembang adik, abang, kakak dan jugak ipar duai kat group WhatsApp. Sejak semalam sebenarnya duk sembang pasal family, cuti, balik kampung, sunat anak hingga la ke arah baju raya 2018. Hahaha jauh lagi nak raya 2018 tapi kat dalam group "Anak Natu Johari Dan Mok Yam" dah sibuk bincang pasal tema warna baju raya 2018. Katanya nak buat warna sama untuk 2018 nanti.  Nak buat kain kosong warna sama semua satu family En Johari. Kot ya pon sabar laa adik kakak oiii, raya lambat lagi. Kita fokus kat anak anak nak sekolah dulu ni. Tapi diaorang ni bukan nak fokus sangat sebenarnya bab baju raya tapi dah alang alang cakap, diaorang sepakat nak buat tema warna untuk raya 2018. Kak Ya ikutkan jer la .. 

Makanya sejak semalam jugak penuh laa gambar gambar baju raya yang orang duk pakai dengan macam macam warna sampaikan naik pening la jugak Kak Ya nak pilih warna. Kalau ikut Kak Ya nak warna hijau jer. Walau berkali kali pakai hijau pon masih nak hijau jugak. Tapi setelah diaorang bincang dan operasi muat naik turun gambar yang tak berkesudahan, akhirnya jeng jeng jeng .. diaorang cakap nak OREN. Dan orang paling last yang akan buat keputusan tak lain tak bukan Kak Ya la sebab adik kakak abang ipar duai semua dah kata OK nak OREN.

Dah semua setuju Kak Ya kena setuju la jugak. Tapi Kak Ya kena tanya suami dulu, nak ke tuan punya badan ni pakai warna oren. Hahahaha Kak Ya pon tak suka nak oren oren apalagi En Hubby. Nak ke idok dia pakai warna oren. Kan dia cakap buah oren bergerak pulak kan..  atau dia akan cakap sesuai ke gulip gelap pakai oren.. Haruuu sungguh laa diaorang ni pilih warna oren. Tapi apa apa pon keputusan Kak Ya, petang nanti lepas dah bincang dengan En Hubby baru Kak Ya buat keputusan. Kalau En Hubby tak nak Kak Ya berkecuali la gamaknya  nak ber Oren Oren taun depan .. Huhuhuhu.. Kita tunggu la apa kata En Hubby Kak Ya petang nanti.

Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. xlama je lagi kak raya..lelagi bagi yg nk menempah akain tu. Silap2 januari tailor tutup order dah hehe

    ReplyDelete
  2. Awalnya discuss pasal baju raya. oren ok je.. amik oren yang lembut-;embut kalau tak suka warna garang.

    ReplyDelete
  3. haha.. nasiblah.. aritu adik mama kawin tema peach pun ramai meragam taknak pakai

    ReplyDelete
  4. boleh prepare doh slow2 lepas setel urusan sekolah tu heheheh murah lagi loni dekat2 raya kang semua nak cekik darah hahahha...Cik Sue? konsep recycle tak abis2 hahahahha....

    ReplyDelete
  5. Awalnya dah bincang pasal baju raya yer? hehe tu saja nak bagi meriah grup je

    ReplyDelete
  6. ha'ah oren..cam menarik tu...saya suka..hehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.