Dah Siap Beli Pakaian Sekolah Insyirah, Iman Dan Akif

December 07, 2017

Dah Siap Beli Pakaian Sekolah Insyirah, Iman Dan Akif | Alhamdulillah dah settle beli pakaian sekolah untuk anak anak semalam. Lega la sikit sebab dah cukupkan keperluan sekolah diaorang untuk seai 2018 nanti. Siap awal awal sebab esok Iman dengan Akif dah nak bersunat. Takut nanti kalau beli lewat sangat saiz tak kena, warna tak sama dan macam macam masalah lagi. Bila dah beli awal senang la sikit takyah nak fikir dah bab bab pakaian sekolah diaorang nanti. Semua dah lengkap, cuma perlu beli buku latihan, buku aktiviti dan bayar yuran sekolah jer nanti. 

Semalam lepas solat maghrib terus pergi beli pakaian sekolah. Sesi mencuba baju sekolah baru.. Ngam ngam ok kat tubuh dia. Cuma seluar kena baiki sikit sebab terlalu longgar dan sedikit labuh. Biasa la adat tiap tiap tahun ada jer longgat sana sini. Dak kecik ni kan kurus.

Abang Iman punya .. Baju ngam ngam ok tapi seluar kena baiki balik sebab labuh dan longgar. Yang tu takpe Umi dia boleh buat no problem. Baiki sikit sikit tu Umi boleh jer.

Untuk sesi 2018 Iman dan Akif dah tak pakai baju seragam sekolah warna putih sebab diaorang pengawas. Jadi kena beli baju kemeja lengan panjang warna hijau, seluar sekolah hijau, stokin hitam, kasut hitam dan juga songkok. Pengawas sekolah wajib kena pakai songkok. Maka kena la beli songkok baru sebab songkok yang lama lama dah tak muat dengan kepala diaorang. Untuk kakak Insyirah tak banyak yang beli baru cuma belikan sepasang baju sekolah dan satu tudung sekolah baru, tambah mana yang ada. Tudung 2017 pon elok lagi jadi boleh pakai lagi. Kain sekolah yang tahun 2017 memang elok tak jejas apa apa lagi jadi masih boleh pakai tak beli baru. Kasut kulit hitam pon tak beli baru sebab masih elok dan padan lagi dengan kaki kakak Insyirah. Alhamdulillah kakak Insyirah pon takde la banyak songeh nak beli semua baru. Dia ok jer pakai yang lama sebab masih elok dan boleh pakai lagi. Senang citer ...

Untuk kasut sekolah.. sebagai pengawas diaorang kena pakai kasut hitam. Kasut pilihan hati diaorang kali ni jenama North Star. 

Diaorang nak kasut style sarung camni jer. Senang nak pakai katanya. Umi tak berapa suka style lagu ni sebenarnya tapi Umi dengan abah ikutkan jer la dah tu pilihan hati diaorang. Bukan Umi yang nak pakai. Dioarang yang nak pakai. Bagi dioarang pilih jer. 

Songkok baru untuk Iman dan Akif. Jadi pengawas sekolah wajib pakai songkok. Agak agak dak Akif tu boleh ke sampai ke tengahari bersongkok. Hehe kita tengok la apa citer nanti.

Balik rumah semalam, Iman dengan Akif sibuk duk try baju sekolah diaorang. Siap berstokin, berkasut dan bersongkok bagai. Dengan tai sekali diaorang pakai. Aduhai anak anak Umi. Layankan jer laa kerenah diaorang. Benda baru memang la lagu tu jadinya. Naluri nak mencuba tu tinggi bebenor siap posing sakan lagi. 

Masa nak beli songkok ni kan kemain lama duk kat kedai, dah jumpa saiz sesuai ada pulak masalah lain. Bila si penjual ambil yang dalam kotak, saiz pulak tak sama. Kena bukak satu satu kotak yang ada nak cari saiz sebab saiz dalam kotak semua tak sama dengan saiz tertulis pada kotak. Adoii laa, nasib baik jugak Umi diaorang ni jenis yang prihatin minta check balik saiz yang dalam kotak. Kalau tak hurmm kena datang kedai balik laa gamaknya. 

Yang sorang lagu tu yang sorang lagu ni. Dah kenapa anak anak Umi ni. 

Yang sorang pandang kamera sorang lagi pandang lantai. Hehehehe ada ada jer la diaorang ni.

Dak kecik ni memang lagu tu kalau bergambar. Macam macam ragam dia buat. Abang dia relaks jer. Takyah susah susah tengok kamera. Dah pesen dia lagu tu nak buat guane. Yang penting Umi berjaya tangkap gambar diaorang test pakaian sekolah baru. 

Ok la penat jugak duk taip menaip ni.. Lya berenti sini dulu ya. Esok nak kena siap awal sebab nak ke Klinik Alias kat Kemaman untuk sunat diaorang berdua. Doa doakan ya sahabat semoga semuanya berjalan lancar. Nak bagitau jugak ni. Umi dengan abah diaorang ni neves lelebih huhuhu. Jangan lupa doakan anak anak Lya selamat dan semoga dipermudahkan buat mereka esok. Terima kasih sahabat.

* Untuk entri ni gambar kakak Insyirah takde. Dia tanak dah bergambar bagai. Al maklum laa dah besar.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. semoga dipermudahkan urusan esok :)

    ReplyDelete
  2. Memang kena beli awal takut tak ada saiz badan anak kita kan? Saya pun dah beli untuk anak yang baru nak masuk sekolah rendah ni

    ReplyDelete
  3. belum sempat shopping lagi KekYa

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.