Make 11.11 Fly!

November 07, 2017

Make 11.11 Fly! | Tiap tiap tahun bila tiba je tarikh 11.11 pasti ramai di kalangan kita tahu dan  memang ambil tahu mengenai "KEMPEN JUALAN". Macam macam kempen jualan yang muncul pastinya membuatkan kita rambang mata nak memilih dan membeli. Masa ni la nak membeli sakan dengan harga mampu beli. Bersempena musim KEMPEN JUALAN ini juga, pihak Traveloka akan melancarkan satu kempen khas untuk penerbangan, khusus buat pelanggan pelanggan Traveloka. Make 11.11 Fly! pastinya kempen yang di tunggu tunggu oleh korang. Tapi sebelum tu Lya nak war warkan kat korang, Make 11.11 Fly! belum bermula lagi tau. Make 11.11 Fly! hanya akan bermula pada 10, 11 dan 12 November 2017. Tiga hari jer tau. Ingat tau korang, TIGA HARI SAHAJA !!. Jadi jangan lupa singgah Traveloka untuk maklumat lanjut mengenai Make 11.11 Fly! . Make 11.11 Fly! jom kita terbang ke destinasi percutian paling best dengan harga mampu bayar.


Make 11.11 Fly!

Make 11.11 Fly! jom kita terbang ke destinasi percutian paling best dengan harga mampu bayar. Jadi, apa yang perlu korang buat, jangan lupa save the date okey. Sila tick kat kalendar korang siap siap agar tak terlepas pandang. Bila dah tiba tarikh tu nanti jangan lupa terjah cepat cepat ke laman web Traveloka untuk maklumat lebih detail. Sekarang ni Lya tak boleh la nak bagitau detail  kat korang sebab Lya pon tatau lagi apa  la SURPRISE dari Traveloka sempena Make 11.11 Fly! untuk kali ni. Nak tau kena la TUNGGU !!. Sabar okey sabar. Lya rasa la kan, mesti best kalau dapat tiket penerbangan harga murah untuk bercuti seisi keluarga. Dapat tiket murah, kita cari penginapan murah kat Traveloka juga. Tak sabarnya nak tahu pasal kempen Make 11.11 Fly!. Berdegup detap detap jantungku. Nak tahu nak tahu nak tahu.. Siap nyanyi nyanyi dah ni sebab teruja sangat. Ahkak teruja tau. Teruja lebih.


Kalau la dapat bercuti dengan harga tiket flight yang murah, pasti berbaloi baloi dan best sesangat. Dapat la berjimat untuk bahagian tiket flight. Cuti tambah seronok kalau dapat beli tiket dengan harga mampu bayar. Harap harap dapat harga murah dari Traveloka. Tak sabar nak bercuti seisi keluarga sempena cuti sekolah akhir tahun 2017 ni. Traveloka please be nice to me .. Hehehehe.. Kadang kadang bila kita dapat apa yang kita idamkan keseronokan tambah berganda. Semangat nak bercuti tu semakin membuak buak. Ya laa kan bila yang dihajati terbentang depan mata. Apalagi seronok la kan.

Jom Bercuti 

Fewitttt, ramai yang dah tak sabar duk tunggu kempen Make 11.11 Fly! kan. TAPI kena sabar okey, sikit masa jer lagi kita tahu kebenarannya. Cewah !!.. Hahahaha korang tak sabar, Lya pon tak sabar jugak ni nak tau apa yang best sangat tentang kempen Make 11.11 Fly! ni. Adakah harga tiket murah gila gila? , adakah diskaun hebat bakal menanti kita pada 10,11 dan 12 November nanti atau adakah kita berpeluang dapat tiket percuma hehehehe. Mana la tahu kot kot dapat tiket free. Jom ler kita berteka teki dulu sebelum tiba masanya. Hahahahaha... Sebenarnya Encik hubby pon dah duk terteka teki jugak tu. Biasala, setiap akhir tahun kan kitaorang memang selalu pergi bercuti bersama anak anak.

Teruja Nak Pergi Bercuti 

Bila dapat tahu tentang kempen Make 11.11 Fly! ni kan, dia pulak yang teruja lebih. Nak pegi mana tu?. Tak sabarnya nak tahu. Biarla rahsia katanya. Amboi main rahsia rahsia pulak dia. Tapi encik hubby cakap lepas dah tahu mengenai tawaran hebat Make 11.11 Fly! nanti, takde la rahsia lagi. Jadi kita tunggu masa tu tiba.. Tak sabarnya lahai ... Yeay nak pergi bercuti. Ke mana kita kali ni wahai anak anak? .. Tungguuuuuuuu .. Bukan Lya jer tau teruja nak tahu, kami akan bercuti kat mana cuti sekolah nanti.. anak anak pon teruja.


Muat Turun Aplikasi Traveloka Di Telefon Pintar Anda

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kempen Make 11.11 Fly! apakata korang muat turun aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel kat telefon pintar korang. Traveloka menjanjikan yang terbaik buat pelanggan pelanggan mereka. Lya nak buat  pesanan sikit la kat korang, jangan lupa untuk muat turun aplikasi Traveloka di telefon pintar korang untuk memudahkan korang mendapatkan info info terkini mengenai Traveloka. Make 11.11 Fly! pastinya korang duk tunggu tunggu. Nikmati tawaran tiket penerbangan lebih murah dan juga hotel terbaik untuk percutian korang hanya dengan Traveloka. Pastinya lebih nilai untuk wang yang bakal korang belanjakan. Happy holiday ! .. Ingat nak bercuti INGAT TRAVELOKA !! Mudahnya melancong bersama Traveloka. Traveloka sentiasa ada untuk korang bagi merealisasikan perjalanan pelancongan korang menjadi YANG TERBAIK dan TERHEBAT. Traveloka pastinya pilihan Lya dan keluarga. Terima kasih Traveloka, memudahkan percutian kami seisi keluarga. Cuti lagi seronok bila bersama Traveloka. 

Lya dah lama muat turun aplikasi Traveloka kat telefon pintar kerana aplikasi ini memudahkan Lya untuk booking flight dan jugak hotel dengan harga murah dan terbaik. Sangat sangat mudah dah cepat. Jimat masa kita..


Percutian Hebat

Orang kata kalau nak rasa percutian hebat, kita pon kena la jadi hebat. Jadi hebat dalam memilih pakej harga penebangan dan juga hotel waktu percutian la. Nak harga best dan mampu bayar jom la jenguk jenguk Traveloka selalu. Korang pasti teruja nak pergi bercuti dengan adanya kempen Make 11.11 Fly! .. Bab bab duk menunggu tarikh ni kan kan kan , cam tunggu buah durian nak gugur la pulak. Tak sabarnya ... Oh Traveloka .. Tapi apa apa pon kita tunggu update terkini dari Traveloka .. Sebelum tu jangan lupa usha dulu tempat tempat menarik untuk percutian korang seisi keluarga. Orang kata kalau dah ada tempat best baru seronok nak bercuti. Tak gitu !! ....

Artikel Menarik yang Lain

14 Sahabat Setia

  1. yey tak sabar nk tunggu nanti. nak g istanbullll

    ReplyDelete
  2. Dah pernah tengok Web Traveloka ni . Mudah. Semua siap. Nak install apps pula..

    ReplyDelete
  3. tarikh cantik dan cantik juga kalau dapat pergi bercuti di tempat tempat menarik dengan adanya offer best dari traveloka :)

    ReplyDelete
  4. seronok ni byk offer..plan holiday..

    ReplyDelete
  5. aduhaiii syoknya..standby lah 11.11 ni book apa yang patut..hehehe

    ReplyDelete
  6. Juju dah muat turun apps traveloka ni kekya...x sabar nk tggu 11.11 ni yeyy

    ReplyDelete
  7. Bestlah ada promosi Traveloka ni, nak booking tiket dan hotel pun senang.

    ReplyDelete
  8. bestnya dengan traveloka kan kak lya

    ReplyDelete
  9. Besttt nyaa dengan Traveloka.. Tak perlu risau pasai kos.. Sebab murahhh ja semua..

    ReplyDelete
  10. Dan selalunya, bulan November...tarikh keramat 11.11 akan menjadi tarikh yang menjadi igauan kaki shopping online sebab ada banyak promosi yang akan dijalankan...tak cukup dengan itu, berpusu-pusu la laman web semua nak menyediakan harga yang paling rendah supaya lebih ramai pelanggan yang akan memilih laman web mereka.

    ReplyDelete
  11. Huda pun suka guna apps Traveloka, mudah dan yang penting boleh jimat banyak! T sharing offer 11.11 ni kak lya.

    ReplyDelete
  12. 11.11 memg ditunggu oii..traveloka ni pun bagus

    ReplyDelete
  13. nak check tiket pergi Hong Kong. Harap-harap ada promosi yang amat murah

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.