Lupa Password Note 3 Padahnya ....

October 04, 2017

Lupa Password Note 3 Padahnya .... | Hadoi la tak tahu la nak marah ke nak nangis guling guling ke tatau la. Baru baru ni  Kakak Insyirah tukar password Note 3 tapi terlupa password baru yang dia tukar, handphone kena reset la jawapnya. Bila dah reset tu tatau jer la, semua gambar yang ada kat dalam handphone hilang ler jawapnya. Bukan sikit sikit gambar yang ada kat handphone tu, mencecah ke angka 3 ribu keping jugak la. Huhuhu... Gambar anak anak sebenarnya yang Lya sayang sebab tu la rasa sedih dan terkilan. Bukan senang nak simpan memori bergambar, bila dah kena camni menangis tak berlagu la jawapnya.


Ritu ingatnya nak transfer ke laptop tapi laptop pulak space penuh. Ada gambar yang tak sempat transfer ke pendrive lagi. Makanya hold la dulu, tak sangka betul jadi camni. Tapi takpe la nak buat camne, dah takde rezeki redha jer laa. Redha dalam sedih. Korang mesti tanya takde bekap kat mana mana ke ?? Ada tu memang la ada tapi Note 3 ni kan guna email yang sama ngan Note 5  Lya, jadinya bila jadi gini gambar gambar yang dibekap bukan dari Note 3 tapi  gambar dari Note 5. Adoi la haru biru. Huhuhu sedih. Dah kenapa duk bekap gambar dari Note 5 masuk ke Note 3 buat paaaaa. Gambar yang ada hanya sekeping jer dari Note 3 tu haaa .. Tu pon sebab bekap dari WhatsApp. Gambar tu pon gambar yang telah di edit letak nama kakak Insyirah. Lain lain memang takdo laaaaa.. Terkubur begitu saja .. Ni jer la sekeping yang ada. Buat kenang kenangan buh jer laa buat wallpaper untuk kakak.


Korang nak tau tak masa mula mula kakak sedar dia lupa password, petang Sabtu sebelum hantar dia kat asrama ritu, dia cuba macam macam cara nak ingat balik password tapi tak jalan. Last last dia tulis satu satu nombor kat kertas dan cuba kat handphone. Fuhh banyak la jugak dia try nak bukak balik sampai jadi. Bila dia dah tak dapat nak buat apa apa baru la dia bagitau Umi. Siap nangis nangis minta maaf sebab lupa password. Kesian tengok dia, nak marah pon tak jadi marah. Takpe laa dah takdir gitu dah takle nak buat apa la. Terima seadanya. Pasni kena beringat la kalau tukar password terus tulis dulu kat mana mana takut TERLUPA. Okey kakak...

Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

  1. Sedih memang sedih ..sudah rasa sebegitu..sabar saja ya

    ReplyDelete
  2. alamak sayangnya. faham perasaan tu kalo CT hardisk penah rosak teruk. takleh diselamatkan dah T.T

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.