Suka Sangat Kat Bunga Kemboja Cina Ni ....

September 19, 2017

Suka Sangat Kat Bunga Kemboja Cina Ni | Kalau tanya Lya la bab bab bunga, memang susah nak jawap la, sebab Lya ni bukan jenis suka bunga sangat pon. Kat dalam rumah ni takde satu pon hiasan bunga bunga bagai. Sebab tak berapa suka sangat la nak hias rumah dengan bunga bunga. Nampak cam semak hahaha. Ntah kenapa la ngan Lya, dari dulu memang tak suka hiasan rumah yang berasaskan bunga. Tapi, kalau hiasan daun daun hijau Lya memang suka. Cuma bunga jer la tak berapa nak suka sikit hahaha. Aku ni dah kenapa ?? Tak suka bunga .. 

Kalau nak hias hias dalam rumah memang takde la bunga bunga bagai tapi kalau kat laman rumah Lya suka jugak tanam pokok bunga. Opss bukan Lya yang tanam tapi En Hubby yang tanam. Lya tolong siram jer.. Nak tanam memang tak aaaaaa.. Nampak tak nampak tak, bila orang tak suka menanam bercakap. Lya ni tak berapa suka sangat menanam pokok pokok bunga tapi setakat tolong jaga letak baja ngan siram tu boleh la. Kat laman rumah Lya ni kan, ada sepohon pokok bunga yang daunnya rimbun lebat bunganya. ( nyanyi sikit ala ala lagi sepohon kayu okey ) . Pokok Bunga Kemboja Cina nama dia. Ni haa bunganya.

Pokok Bunga Kemboja Cina 



Pokok ni dulu masa mula mula beli kecik cinonet jer. Harga dalam rm5 satu pasu kecik. Sekarang ni dah mencecah naik sampai ke cucur atap dah. Tinggi sesangat dah sesuai usia la orang cakap. Kalau ikut usia, pokok bunga Kemboja Cina tu dah berusia dalam lingkungan 6 ke 7 tahun da. Fuhhh lama betul dah dekat nak sama ngan usia Akif. 

Ni dia batang pokok bunga kemboja cina tu haaa. Batang dia kecik jer tapi dia punya meninggi tu macam batang sebesar pokok kelapakkk.

Tu dia dah sampai cucur atap dah haa. Agak agak nak naik tinggi mana lagi ni.

Tangkap Gambar Bunga Kemboja Cina

Dah kenapa tetiba pulak keluar cerita pasal pokok Bunga Kemboja Cina ni. Sebenarnya Lya ni dah terpengaruh duk tangkap gambar bunga daripada En Hubby. Dia punya rajin tangkap gambar bunga hinggakan phone dia penuh dengan gambar gambar bunga jer. Cecantik pulak tu gambar gambar yang dia tangkap. Tapi bila Lya yang tangkap gambar memang fail la, orang cakap takde jiwa dalam gambar hahaha.. Pastu mula la rasa cam tercabar jer tengok gambar gambar yang En Hubby tangkap. Rasa la jugak nak tangkap gambar bagi cantik cantik cam dia punya. Opkos laa nak jugak. Makanya lepas En Hubby pegi keje, masa ada mood semalam terus la duk kat luar rumah sesorang tangkap gambar Bunga Kemboja Cina ni. Lya suka sangat kat bunga kemboja cina ni. Sebab tu la kita tangkap gambar bunga ni jer.. Tu laaa citer sebenarnya camne leh keluar entri bunga rini. Meh la layan gambar gambar yang Lya tangkap ni haaaa.. 

Fokus betul betul kat bunga tu..




Takde edit sikit pon, cuma letak watermark jer. Lain lain gambar asal hokey. Komen gak sikit gambar kita ni cantik ke tak?? hehehehe. Kalau sudi laaa tak sudi tak paaa.. Majuk seminggu kikiki ..

Artikel Menarik yang Lain

9 sang pencerita

  1. Replies
    1. Huuhu yang tak bestnya bunga ni takde bau laa PB.. Nampak cam bunga melor tapi bukan .

      Delete
  2. Cantik sangat.. Suka juga bunga ini.. Putih dia lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq shahida.. haaa warna putih dia tu mengancam hehehe

      Delete
  3. Ingatkan bunga yg kat kubur tu .. wangii bunga tuh seram pun yee haha

    ReplyDelete
  4. wahhhh berjayaaaa cantik gambar mama lya hehehhe...sep skit ,tak minat tanam bunga tapi kita minat tanam sayur hehehhee

    ReplyDelete
  5. Cantik bunga Kemboja Cina. Boleh buat hiasan hehe :)

    ReplyDelete
  6. kadang seram juga tengok bunga kemboja ni..hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.