Siakap Tiga Rasa Paling Sedap Mesti La Yang Umi Masak

August 30, 2017

Siakap Tiga Rasa Paling Sedap Mesti La Yang Umi Masak | Kalau tanya anak anak Lya, siapa masak siakap tiga rasa paling.. jawapan anak anak siakap tiga rasa paling sedap mestila yang umi masak. Yehaaa kembang semangkuk gak la kalau anak anak puji masakan Umi. Apalagi kalau En Hubby pon turut memuji. Bikin hati nak buat entri laa kalau gini gak, hehe.. Lama juga Lya tak buat entri masak masak.. Bukan tak masak sebenarnya tapi time masak tu busy bebenoo tak dan dan nak ambik gambar. Yo laa kalau nak buat entri masak masak apa ke sedapnya kalau takde gambar sendiri.. kena la tangkap gambar sendiri baru best nak buat entri masak masak.. Tak gitu gang.. Nanti kan kalau cedok jer kat Mr Google orang cakap pulak.. ya ke awak masak kenapa takde gambar sendiri? Dulu pernah laa jugak kena, tertampar la jugak pipi bila orang cakap lagu tu.. tapi takpe la den tahu kalau den masak lagu mana.. Biasa kalau dah cbuk masak den tak dan nak pegang pegang phone, den masok jerrr sampai siap. Tapi kali ni memang rasa nak buat entri sebab tu laa tangkap gambar awal awal. Sebab lain anak den suka sangat Siakap Tiga Rasa yang den masak .. Akif siap bagi 50 bintang hahaha. Adoii laa nak banyak noo bagi bintang kat Umi.. 

Resipi Mudah Siakap Tiga Rasa 


Tadaa Lya tunjuk yang dah siap dulu la ya. Pasni kita bagi resepi ala kita okey. Kemain lagi kita beli daun bawang nak buat hiasan cecantiks tup tup terlupa nak letak huhuhu.. Rupa pon dah tak menarik tapi rasa dia sedappppp.. 

Bahan bahan untuk Siakap Tiga Rasa

Bahan bahan untuk menggoreng ikan

- Ikan Siakap 
- Tepung jagung
- Garam
- Kunyit

Bahan bahan untuk kuah Siakap Tiga Rasa

- Bawang besar dua biji potong dadu
- Bawang putih lima ulas di cincang
- Halia setengah inci di hiris nipis
- Sos tomato
- Sos cili
- Sos tiram
- Tomato potong dadu
- Timun batang potong dadu
- Cili padi
- Nanas potong dadu
- Garam 
- Gula 
- Air

Nak buat Siakap Tiga Rasa dia punya bahan bahan senang jer.. Kena ada nanas, tomato dan jugak timun batang. I tak jumpa plak timun batang yang besor i rembat yang kecik kecik ni jer laa .. Nanas i guna nanas madu. Yang takde dalam gambar bawang besar, halia, bawang putih, sos cili, sos tomato dan jugak sos tiram. 

Nak hilangkan bau hanyir ikan.. rendam dalam air gandum .. lumur seluruh badan ikan siakap dengan gandum pastu rendam dalam air bagi hilang hanyir. Dah hilang bau hanyir ikan baru best nak masak masak.

Pastu basuh sekali ngan air limau nipis bagi lagi segar takde bau hanyir.. Hehehehe .. 

Cara cara memasak Siakap Tiga Rasa 

- Ikan dibersihkan siap siap dulu pastu lumurkan dengan garam, kunyit dan juga tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, kena garing tau kalau tak tak sedap.. Dah siap, angkat dan ketepikan.

- Guna kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang besar dan jiga halia yang di hiris nipis. 
- Masukkan sos tomato, sos cili, dan juga sos tiram dan juga air. Masak hingga kuah pekat. 
- Masukkan nanas dan juga timun batang yang di potong dadu. Akhir sekali masukkan buah tomato yang di potong dadu.  
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Dah siap. Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.. Dah boleh makan dah kita.. Jom makan.

Siakap Tiga Rasa, Siakap 3 Rasa, Siakap Tiga Rasa Paling Sedap, Resepi Senang Siakap Tiga Rasa, Resipi Mudah Siakap Tiga Rasa, Cara Masak Tiga Rasa, Cara Paling Mudah Masaka Ikan Siakap, Siakap 3 Rasa Sedap Dan Lazat
Ni ler rupa ikan yang dah siap di goreng.. Walaupon rupamu tak cantik tapi rasa kamu sedap bangattKita tolak tepi kuali dulu sambil sendal dengan sudip hahahaha.. Duk situ laa dediam..

Siakap Tiga Rasa, Siakap 3 Rasa, Siakap Tiga Rasa Paling Sedap, Resepi Senang Siakap Tiga Rasa, Resipi Mudah Siakap Tiga Rasa, Cara Masak Tiga Rasa, Cara Paling Mudah Masaka Ikan Siakap, Siakap 3 Rasa Sedap Dan Lazat
Yang ni kuah yang sudah siap di masak sedap di makan begitu sajaaaaa ...

Siakap Tiga Rasa, Siakap 3 Rasa, Siakap Tiga Rasa Paling Sedap, Resepi Senang Siakap Tiga Rasa, Resipi Mudah Siakap Tiga Rasa, Cara Masak Tiga Rasa, Cara Paling Mudah Masaka Ikan Siakap, Siakap 3 Rasa Sedap Dan Lazat
Ambik la pinggan sebijik letak ikan. Ngam ngam jer muat tu pon kepala kat luar hehehe.. takpo laa makan kat rumah takde hal laaa.. 

Siakap Tiga Rasa, Siakap 3 Rasa, Siakap Tiga Rasa Paling Sedap, Resepi Senang Siakap Tiga Rasa, Resipi Mudah Siakap Tiga Rasa, Cara Masak Tiga Rasa, Cara Paling Mudah Masaka Ikan Siakap, Siakap 3 Rasa Sedap Dan Lazat
Curah semua sekali kuah yang dah masak kat atas badan ikan.. ermmmm baru la nampak bentuk Ikan Siakap Tiga Rasa.. Siap daaa boleh makan. Sedap hingga menjilat pinggan..

Ok dah makan abih dah semalam.. rini baru buat entri.. Korang dah makan tengahari ke belum. Kalau belum cepat cepat la pegi makan. Nak masak Siakap Tiga Rasa pon boleh ni, sempat lagi nak masak ni. Kalau nak buat Siakap Tiga Rasa yang mudah sangat sangat boleh baca entri Lya okey. Ok tata titi tutu .. Selamat bercuti sahabat. Lya nak gerak balik kampung sat lagi.. Doakan Lya dan keluarga selamat sampai kat Terengganu ya..

Artikel Menarik yang Lain

9 sang pencerita

  1. Terima kasih Lya berkongsi resipi 3 rasa ikan siakap.

    Nak buat tak reti, suruh bini buat jelah, tiru resipi yang kamu kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sama2 bro Kamil.. boleh la suruh orang rumah buat nanti..senang jer ni bro Kamil ..

      Delete
  2. alahai..terliur la plk kak lya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nor pasni g beli ikan siakap pastu buat tau hahaha

      Delete
  3. Sedapnyaaaa �� Siqah suka makan siakap tiga rasa tapi tak tahu masak. So setiap kali nak makan, kena makan kat kedai jela. Hee . Lagipun suami tak makan ikan. Lagi bertambah malas nak masak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe makan kat kedai pon best..tapi kalau masak kat rumah lagi best

      Delete
  4. Siakap 3 rasa tak berkeyakinan nak buat lagi. Setakat ni lepas keli 3 rasa ja. Haha..Boleh cuba nak asak skill ni :D

    ReplyDelete
  5. wahhhh... sedap ni... leh cuba nanti..

    ReplyDelete
  6. Memang kegemaran saya ni.. Rasa macam tak nak kongsi je bila nampak resepi ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.