Aariz Nuh Thaqif ... Sedapnya Nama Dia

August 03, 2017

Aariz Nuh Thaqif ... Sedapnya Nama Dia | Hai korang, ingat tak baru baru ni KekYa ada update satu entri kelahiran anak anak saudara baru KekYa. EMPAT ANAK SAUDARA BARU UNTUK TAHUN 2017. Anak saudara KekYa yang lahir paling akhir untuk tahun 2017 takde nama lagi masa tu sebab baru lahir tiga hari masa KekYa tulis entri tu. Tapi semalam adik KekYa dah canang kat group WhatsApp family nama penuh anak kedua beliau ialah Aariz Nuh Thaqif. Fuhh sedapnya nama dia. Apa maksud nama penuh Aariz ni ya..  Maksud nama Aariz Nuh Thaqif dihormati/kesenangan/bijak dan cepat faham. Alhamdulillah satu nama yang membawa maksud yang sangat baik. 


Aariz bakal bersaing dengan Akif la lepas ni. Bersaing dari segi apa tu? Menurut adik KekYa , Aariz ada dua lesung pipit cam Akif jugak. Taraaa ta ta ta pasni boleh laa lawan lesung pipit paling dalam. Setakat ni dalam ramai ramai anak sedara yang ada lesung pipit, takde lagi yang boleh lawan dalamnya lesung pipit Akif. Agak agak Aariz boleh lawan tak? .. hahaha, kita tunggu Aariz besar sikit nak tengok camne. Kalau tengok gambar yang adik KekYa hantar belum nampak lesung pipit Aariz masa bergambar. Tapi akan nampak bila Aariz bergerak dan buat memek muka. Kita tunggu gambar Aariz ngan lesung pipit pulak laaaaa..

Tak sabar dah nak balik kampung jumpa anak anak sedara baru.. Raya haji nanti baru boleh jumpa.. Tak sabarnya ...

Artikel Menarik yang Lain

7 sang pencerita

  1. Alhamdulillah sedap dan elok maksud nama..nanti Akif amik gambar sama-sama dengan Aariz ya..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nama. Kita ni tak dapat² lagi cari nama yang sesuai untuk bakal baby, hehehee!

    ReplyDelete
  3. semoga jadi anak yang soleh ..

    ReplyDelete
  4. atotototo comelnyaa ada dimple.. original takyah tebuk2 macam orang skrang.. sedap nama. skrang nama moden2 semuanya =)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Tahniah kekya. Sedap sungguh namanya. Moga menjadi anak yang soleh duni dan akhirat. Amin

    ReplyDelete
  6. Sangat sedap nama .. Ilham nak bagi nama anak hahahaha

    ReplyDelete
  7. mesti comel sangat baby Aariz..

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..