Rindu Bertandang Lagi .. Love You Kakak Insyirah !

June 12, 2017

Rindu Bertandang Lagi.. Love You Kakak Insyirah ! | Semalam hari pertama persekolahan, pagi semalam lepas sahur KekYa dan En Hubby hantar kakak Insyirah ke asrama. Sebab per hantar pagi, sebab semalam kami balik kampung sekejap jenguk atuk yang masuk hospital. Jadi dapat kelonggaran dari pihak asrama datang lewat sikit. Nak hantar malam tu jugak sebenarnya tapi kami tiba kat rumah dah lewat malam. Jadi pilihan terbaik lepas sahur dan solat subuh kat rumah sesiap dulu, KekYa dan En Hubby terus hantar kakak Insyirah.


Masa dalam kereta tu kan nak pergi hantar kakak di subuh pagi yang dingin semalam... masing masing senyap jer, sunyi jer kat dalam kereta cam kita duk sirang sorang jer. KekYa macam biasa laa macam selalu, kalau bab bab hantar kakak kat asrama ni kan mudah benar jadi sedih.. jadi nak nangis jer rasa. Layan pulak dengan keadaan sunyi sepi pepagi, lagi laaa terasa. Air mata dah menitik dah sikit sikit.. Masih boleh tahan lagi .. Tak nak la bagi kakak nampak. En Hubby jer yang perasan kat tepi. Dia macam selalu laa dah tahu sangat peel KekYa. Huhuhuhu .. 

Ok sampai kat asrama terus minta kebenaran nak masuk sekali dengan kereta sebab barang barang pon banyak. Pengawal benarkan, terus jer laa hantar kakak kat blok dia. Siap siap turunkan barang bawak naik tingkat empat terus gerak ke sekolah. Masa nak balik tu terasa lagi sedih nak nak masa kakak salam peluk dan cium tangan Umi .. Huhuhu FIRST TIME ni kakak akan berpuasa dan berbuka tanpa Umi, abah dan juga adik adik. Huaaaa Umi rasa nak nangis nak nangis nak nangis jer.. Tak boleh tahan la gini. Perasaan yang datang ni spontan tanpa perlu minta izin nak datang... Aduhai jadi sayu tetiba .. Masuk kereta air mata Umi dah mengalir dah ..

Semalam first time kakak berbuka kat asrama.. KekYa  ada call tanya Ok ke tak puasa kat asrama, makan macam mana puasa ni, makan lauk apa.. Masa duk borak borak dengan kakak, KekYa perasan la macam ada sendu dihujung suara, kakak nangis la tu. KekYa pon nak nangis dah tapi tahan sebab tanak bagi dia lagi sedih. Tup tup sebab rindu sangat KekYa cakap nanti lepas terawih Umi pergi sana hantar makanan. Huhuhuhu sukanya dia Ya Allah... Siap cakap tak sabar nak jumpa Umi abah dan adik adik. Ok Umi pergi lepas terawih.

Tetiba teringat kat satu lagu nasyid nayanyian kumpulam Hijjaz .. huhuhuhu ... nangis la kejap..

Rindu itu adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan...


Lepas terawih KekYa siap siap buat kuey teow goreng dan panggang sosej untuk kakak, terus gerak ke asrama kakak. Huhuhu sampai sana teruja tengok dia.. Sukanya hati dapat pandang dia.. dapat pegang tangan dia dan tak dapat nak peluk dia sebab dia kat dalam pagar KekYa kat luar pagar huhuhu. Tapi takpe laa dapat tengok dia KekYa pon dah suka sangat sangat dah. Alhamdulillah syukur.. Ya Allah kau peliharakanlah anakku Nur Aina Insyirah walau di mana dia berada.. Aamin aamin. Kakak macam biasa laa duk tanya Umi makan apa, umi masak apa.. Bila sebut je Umi masak sekian sekian sekian .. dia terus cakap sedapnyer Umi masak tapi kakak takde. Aduhh Umi pulak terasaaaa sesangat sebab cakap. Sedihnya hati bila dia cakap gitu huhuhu. Takpe la kakak nanti kakak balik rumah kita masak sedap sedap ok. Kita masak sama sama... Dia angguk jer.

Masa nak balik macam macam pesanan untuk dia.. Kakak duk dediam, ingat Allah sentiasa.. solat jangan tinggal.. jangan lupa minum air putih banyak banyak.. jangan tak bangun sahur ok. Dia angguk cam biasa laaa.. pastu siap tanya lagi bila pulak Umi abah dan adik adik nak datang lagi. InsyaAllah nanti Umi datang lagi..


Perjalanan balik rumah, masing masing diam jer termasuk Iman ngan Akif. Layan perasaan.. KekYa pulak baru je jumpa kejap tadi rindu dah mula menerpa. Entah mengapa hati ini ingat sangat sangat kat dia .. ingatan yang tak pernah padam untuk dia .. Allah jaga dia untukku .. pelihara diri dia seeloknya .. I love you kakak.. Umi sayang kakak dunia akhirat ..

Artikel Menarik yang Lain

10 Sahabat Setia

  1. Ikat rindu dengan doa..doa yang tidak tertangguh..doa ibu..subhanAllah..

    ReplyDelete
  2. takpe umi, seminggu lebih je kakak inshirah balik cuti lagi :D

    ReplyDelete
  3. Lahai sweetnye.. Mesti Lea nanti pun camni jugak akan rasa.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Ibu dengan anak perempuan memang emosi berkasih sayang lebih sikit... Itu maknanya ada strong feeling dan relationship kan... masa saya duduk asrama, sekali je ayah hantar balik asrama, lepas tu minta balik asrama sendiri naik bas... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp btol tu .. mak dengan anak perempuan memang punya ikatan yang cukup rapat ..

      Delete
  5. budak budak dah skola mesti rase kosong kat rumah ye

    ReplyDelete
  6. Biasalah tu..antara perasaan yang hadir secara semulajadi salam hidup kita.

    Kekya kena kuat. Masih jauh perjalanan kakak dalam menuntut ilmu.

    Semoga berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.