Selamat Hari Guru

May 16, 2017

Selamat Hari Guru | Selamat Hari Guru buat semua pendidik di seluruh Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan. Jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar guru amat besar nilainya berbanding wang ringgit. Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala penat lelah dan juga jasa Cikgu cikgu mendidik dan mendisiplinkan kami sehingga kami berjaya. Terima kasih Cikgu. Jasamu sentiasa tersemat kukuh disanubari. Selamat Hari Guru !!!

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik, tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan ikhlas. Teruskan usaha tanpa jemu. Terima kasih atas segala jasa yang dicurahkan untuk mendidik anak bangsa ......

"Dalam ajarannya ada harapan
Dalam tegurannya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam diamnya ada kebijaksanaan
Dalam tangannya ada sahsiah terbina.. "



Nukilan dari group WhatsApp sekolah anak anak yang Lya dapat pagi tadi khas Lya dedikasikan untuk semua guru guru yang banyak berjasa dalam mendidik anak bangsa..

 SELAMAT HARI GURU

Cikgu dicaci orang  tak bising... 
Cikgu dihina orang tak bising....
Cikgu diherdik orang tak bising... 
Cikgu dipukul orang tak bising..
Cikgu disaman orang tak bising.... 

Niat Cikgu sering disalah ertikan
Cikgu korban duit untuk murid orang tak pandang
Cikgu korban masa untuk murid orang tak pandang
Cikgu korban tenaga untuk murid orang tak pandang
Cikgu korban perasaan anak anak dan keluarga untuk murid orang tak pandang
Cikgu buat segala kebaikan untuk murid orang tak pandang
Pengorbanan Cikgu  orang tak pandang
Niat Cikgu sering di salah ertikan

Di sekolah ;
Cikgu sentiasa ingatkan murid supaya sentiasa menghormati ibu bapa
Sentiasa mengenang jasa ibu bapa
Sentiasa menyayangi ibu bapa
Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa
Jangan biadab dengan ibu bapa
Jangan melawan ibu bapa
Jangan derhaka pada ibu bapa
Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati Cikgu
Supaya mengenang jasa Cikgu
Supaya menyayangi Cikgu
Supaya tidak bercakap kasar dengan Cikgu
Supaya tidak biadap dgn Cikgu
Supaya tidak melawan Cikgu
Supaya tidak derhaka pada Cikgu

Gaji Cikgu yg sering diungkit... 
Hadiah untuk Cikgu yang sering diungkit... 
Cuti Cikgu yang sering diungkit.... 

Seorang dua Cikgu  yangg buat silap, 
Semua Cikgu kena kutuk
Seorang dua Cikgu  yang buat salah, 
Semua Cikgu kena hina
Cikgu pun manusia biasa

Orang yang bukan Cikgu 
Tidak pernah memahami perasaan Cikgu
Tidak pernah memahami hati Cikgu

Orang tak tahu... 
bila tiba hari kejohanan sukan,
Cikgu kumpul duit untuk tampung beli makanan murid.... 
Bila tiba hari anugerah kecemerlangan Cikgu kumpul duit untuk tampung beli hadiah untuk murid cemerlang....
Bila dekat hari raya Cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..

Orang tak tahu, 
ada Cikgu yg menitiskan mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pensil yang bernilai 30 sen daripadap seorang murid yang miskin... 
Ada Cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yang bernilai 50 sen daripada seorang murid yang miskin..
Ada Cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang daripada pelajar yang miskin..
Orang tak tahu..

Cikgu dikata kejar nama
Cikgu dikata kejar duit
Cikgu dikata kejar pangkat
Cikgu dikata kejar glamour

Wahai Cikgu
Biarkan apa orang nak kata
Biarkan apa orang nak cerca
Biarkan apa orang nak nista
Biarkan apa orang nak hina

Bukan pujian yang Cikgu pinta
Bukan sanjungan yang Cikgu damba
Bukan darjat yang Cikgu puja..
Bukan hadiah yang Cikgu paksa
Serahlah saja pada yang Esa
Sekali Cikgu, selamanya Cikgu

Kepada semua yang bergelar CIKGU...
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih CIKGU...

Artikel Menarik yang Lain

1 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.