Peraduan Cerita Pendek : Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah

April 14, 2017

Peraduan Cerita Pendek : Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah | Salam Jumaat sahabat sahabat Lya.. Apa khabar sahabat semua. Semoga sahabat semua berada dalam keadaan sihat walafiat di bawah lindungan Allah SWT. Ok pagi ni Lya nak warwarkan mengenai satu peraduan anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK. Peraduan cerita pendek bertajuk "Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah" .


Peraduan Cerita Pendek "Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah" , Skuad AADK , Agensi Anti Dadah Kebangsaan ,  #PerangiDadahHabisHabisan #SayangiDirimu  #Negaraku , Dadah Musuh Negara ,

Peraduan Cerita Pendek "Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah"


Peraduan cerita pendek "Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah" telah berlangsung pada 10 April 2017 dan akan berakhir pada 15 Mei 2017. Cerita pendek yang ingin di kongsi hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan dan di akhiri dengan hashtag #PerangiDadahHabisHabisan #SayangiDirimu dan juga #Negaraku. Cerita pendek yang dikongsikan pada laman facebook SKUAD AADK yang mendapat LIKE dan juga SHARE tertinggi akan di pilih sebagai pemenang. Hadiah bernilai RM500 menanti pemenang. Jadi apa tunggu lagi, kalau anda ada cerita menarik mengenai tajuk yang diberikan  dan berminat nak kongsikan cerita anda.. cepat cepat join peraduan ni okey. Ada rezeki boleh menang hadiah .. 


Peraduan Cerita Pendek "Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah" , Skuad AADK , Agensi Anti Dadah Kebangsaan ,  #PerangiDadahHabisHabisan #SayangiDirimu  #Negaraku , Dadah Musuh Negara ,

Jangan lupa kongsikan cerita pendek anda di wall facebook SKUAD AADK.  Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan cerita pendek "Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah" anda boleh layari facebook page SKUAD AADK . Selamat mencuba semoga berjaya !!..


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 sang pencerita

  1. macam best je peraduan ni. hadiah tu boleh buat belanja raya eh hehehe

    ReplyDelete
  2. untuk yang join.. hee all the best =)

    ReplyDelete
  3. Rasa nak cuba tapi takde idea nak tulis cerita

    ReplyDelete
  4. menarik mengneai cerita pendek pencegahan dadah

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!