Selamat Hari Lahir Ke 8 Muhammad Akif Imtiyaz

March 05, 2017

Selamat Hari Lahir Ke 8 Muhammad Akif Imtiyaz | Selamat hari lahir yang ke lapan buat anak bongsu Umi abah.. Happy Birthday.. Selamat Hari Jadi.. Sanah Helwah ya Muhammad Akif Imtiyaz.



Buah hati kesayangan Umi, Abah, Kakak Insyirah dan juga Abang Iman. Teman baik Umi,kawan baik Abah,sahabat terbaik Kakak Insyirah dan Abang Iman. Bersempena hari lahir Akif yang ke 8, Umi dan Abah dedikasikan sebuah ucapan terindah ini buatmu permata hatiku dunia akhirat.

Selamat Hari Lahir Sayang "MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ". Alhamdulillah, hari ni 05.03.2017 genap lapan tahun usia anak bongsu Umi dan Abah. Umi dan Abah sentiasa mendoakan Akif dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Semoga Hari Lahir Akif pada tahun ini memberi sinar kebahagiaan dan keceriaan yang berpanjangan buat Akif. Umi dan Abah doakan Akif membesar sihat sempurna menjadi anak soleh yang sentiasa taat pada perintah Allah SWT dan juga Rasul serta menjadi anak yang berbakti buat Umi dan juga Abah. Umi dan Abah sentiasa menyayangi Akif dunia & akhirat.Semiga Akif akan sentiasa dalam redha Allah SWT. Sentiasa berada di bawah cahaya kebenaran ..



Permata hati pengarang jantung Umi juga Abah, adik kesayangan kepada Kakak Insyirah & Abang Iman. Buah hati saya, sahabat bergaduh saya, kawan ketawa saya, semoga Akif sentiasa berbahagia hingga ke Syurga. Mendapat redha Allah SWT dalam setiap langkah perjalanan hidupmu.. Insyaallah..aamin aamin aamin.

Always remember to be happy because you never know who's falling in love with your smile....


Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. happy birthday buat anak akak ^^ Aamiin untuk doa-doanya

    ReplyDelete
  2. Happy besday abg akif semoga membesar jadi anak soleh gembirakan hati ibu ayah ye...

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..