Alhamdulillah Menang Tempat Ke Empat Artikel Terbaik Contest iLancee

March 14, 2017

Alhamdulillah Menang Tempat Ke Empat Artikel Terbaik Contest iLancee | Alhamdulillah sungguh tak terjangka dan Lya pon tak sangka boleh menang kategori artikel terbaik untuk Contest Seo yang dianjurkan pihak iLancee. Untuk contest ini kategori terbahagi kepada tiga iaitu Kategori SEO, kategori artikel terbaik dan juga kategori komen paling banyak. Lya menang tempat keempat untuk kategori artikel terbaik dan memenangi hadiah wang tunai rm100. Alhamdulillah memang sesuatu yang tak dijangka sebenarnya untuk jadi salah seorang pemenang tambahan lagi menang tempat keempat kategori artikel terbaik. Terima kasih .. Alhamdulillah syukur dengan kemenangan ini. 


Sebenarnya Lya sendiri tak tau pon Lya menang contest ni. Pengumuman pemenang telah di buat pada 11 September 2017. Lya baru tahu semalam bila bukak facebook ada notification kat page iLancee. Terus laa teringat mengenai contest iLancee. Terjah page nampak post mengenai update pemenang contest. Terus pm page dan pihak admin telahpon dapat segala data yang diperlukan. Hadiah wang tunai RM100 telah selamat Lya terima semalam.. Terima kasih admin iLancee.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!