Jom Kembali Ke Sekolah

January 02, 2017

Jom Kembali Ke Sekolah | 2017 kini bermula..Semalam hari pertama anak anak melangkah kaki ke sekolah untuk sesi persekolahan 2017.Kakak Insyirah dah masuk sekolah menengah untuk sesi 2017.Adik adik masih lagi kat sekokah rendah..

Semalam hari pertama tahun 2017 dan hari pertama jugak untuk anak anak jejakkan kaki kembali ke sekolah setelah burcuti lebih kurang sebulan...Akif dengan Iman kat sekolah rendah,kakak dah mula sekolah menengah dah..Alhamdulillah semalam proses kembali ke sekolah berjalan lancar...Dipermudahkan Allah segala urusan untuk anak anak.

Selamat belajar di tahun 2017 untuk anak anak Umi..Semoga terus maju jaya dan berjaya dalam pelajaran..Umi dan abah mendoakan yang terbaik untuk kalian..Semoga jadi insan berguna di kemudian hari..Aamin aamin..


Hari pertama hantar Akif kat kelas..Semua ikut sekali..Alang alang dah masuk kelas kita posing jer la kat kelas Akif..


Pagi pagi mood nak bergambar tak berapa nak ada..kena ambik mood dulu..

Duk sebelah Farish laaa best.Ni kawan Akif sejak Pra Sekolah..Tahun ni masih kekal duk satu kelas..

Kakak insyirah dah melangkah ke sekolah menengah.Alhamdulillah dapat sekolah agama seperti yang dia nak..Syukur Ya Allah..
Keputusan ujian bertulis melayakkan dia untuk bersekolah kat sini..


Semoga terus maju jaya dalam pelajaran.Umi doakan yang terbaik untuk kakak.

Sekarang ni kakak belum dapat asrama lagi..jadi kena hantar awal la kat sekolah..Jarak sekolah dari rumah dalam 20km jadi kena turun awal..Lewat sikit makan jammed la kat tengah bandar Kemaman..Harap harap kakak dapat la masuk asrama nanti..Kita tunggu keputusan asrama dalam seminggu dua lagi..Kalau ada kekosongan tempat..dapatla masuk asrama..Doakan kakak insyirah dapat asrama ya..Terima kasih ..


Artikel Menarik yang Lain

13 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.