Circo Peranti Pengesanan Pintar Terbaik

August 07, 2016

Circo bermaksud ''Circle Of Love''.Circo adalah peranti pengesanan pintar yang menggunakan campuran GPS,AGPS,Wifi dan Cell ID untuk memberikan kedudukan yang sangat tepat kanak kanak samaada di dalam atau di luar rumah..Circo adalah alat yang di reka dengan reka bentuk yang mudah, berteknologi tinggi dan aplikasi mesra pengguna.Dengan peranti Circo anda tidak akan kehilangan jejak anak anda walau di mana anak kesayangan anda berada.

Untuk mengaktifkan Circo anda perlu memuat naik aplikasi Circo ke dalam telefon pintar anda.Peranti Circo akan berfungsi melalui aplikasi Circo dan anda akan dapat melihat lokasi anak anak anda dengan tepat.Aplikasi Circo adalah selamat,mudah untuk digunakan dan mencipta zon selamat untuk kanak kanak.



Circo berkomunikasi dengan aplikasi melalui rangkaian selular 2G.Anda hanya perlu menyediakan satu kad SIM dengan SMS dan perkhidmatan data bagi membolehkan proses penggunaan Circo diteruskan.Circo disokong pembekal perkhidmatan Telekom,DiGi Internet,Maxis Internet dan Celcom Internet.Untuk penggunaan Circo pihak syarikat pengeluaran Circo iaitu Athentek mencadangkan anda mendapat kad prabayar dengan perkhidmatan internet dan  juga SMS.

Aplikasi Circo membolehkan ibu bapa menyemak lokasi anak mereka dari telefon pintar mereka.

Apa yang anda boleh buat melalui aplikasi Circo: 
- Menyemak Lokasi Anak Anda 
Dengan Circo,ibu bapa boleh menyemak lokasi dan masa sebenar anak anak mereka melakukan aktiviti.

- Menetapkan Zon Selamat
Ibubapa boleh menetapkan zon selamat melalui aplikasi Circo dan menerima pemberitahuan apabila kanak-kanak itu memasuki atau keluar dari zon selamat.Zon selamat ditandakan dengan warna hijau dan lokasi keluar dari zon selamat ditandakan dengan warna merah,menjadikan aplikasi ini lebih mudah bagi ibubapa untuk melihat jika anak mereka selamat atau berada dalam bahaya.

- Membentuk Bulatan Cinta
Dengan aplikasi ini,ahli-ahli keluarga yang lain boleh mengikuti peranti Circo.Ini kerana peranti Circo boleh dikongsi dengan beberapa orang menggunakan mekanisme berpasangan selamat.Orang yang mengikuti kanak kanak yang sama boleh berkomunikasi antara satu sama lain dalam ruang sembang dari aplikasi Circo untuk mengemas kini status kanak-kanak itu.

Cara Menggunakan Aplikasi Circo


1. Sila masukkan kad SIM (Lya gunakan Digi Internet untuk mengaktifkan Circo) dan caj Circo selama 30 minit atau sehingga lampu bertukar hijau.
2. Sila imbas kod QR di belakang peranti Circp atau membuka pautan dari telefon mudah alih untuk memuat turun app Circo
: iOS Circo [https://goo.gl/jm66G6]
: Android Circo [https://goo.gl/IR2DeE]
3. Mulakan aplikasi Circo dan ikut arahan pada skrin untuk membuat akaun baru menggunakan nombor telefon bimbit anda. Jika anda terlupa kata laluan anda, hanya pilih "Lupa Kata laluan", dan anda akan menerimSMS dengan kata laluan baru.Untuk menukar kata laluan pada bila-bila masa, pergi ke "Profil".

Untuk maklumat lanjut anda boleh tonton video yang Lya sediakan di bawah..






Circo mewujudkan bulatan cinta untuk setiap kanak-kanak.Circo pastinya menjadi pilihan Lya untuk anak anak Lya.Sejak bertemu dan memulakan PENGEMBARAAN bersama peranti hebat ini,Lya dapat rasakan ianya satu peranti pengesanan pintar yang perlu ada untuk setiap ibubapa di luar sana.Kenapa perlu ada satu untuk anak anak anda..Ok Lya cerita lebih lanjut mengenai Circo..

Circo mewujudkan zon selamat untuk anak anak anda.Jika berlakunya kecemasan,mereka boleh menekan butang SOS untuk meminta bantuan..Circo akan memberi isyarat dan mengemas kini lokasi semasa anak anda jika berlaku sesuatu yang tak dijangka dan tak diingini..

Circo mempunyai hayat bateri yang cukup lama dengan bateri berkuasa tinggi yang perlu di caj selama 30 minit ke 1 jam sahaja.Bateri Circo mampu bertahan selama dua hari...

Aplikasi Circo membolehkan ahli keluarga yang lain menyambung telefon pintar mereka untuk aplikasi Circo melalui Bluetooh dan ianya cukup mudah dan berkesan.Maknanya di sini ahli keluarga yang lain akan dapat maklumat mengenai Circo apabila mengaktifkan aplikasi Circo di telefon pintar mereka..

Melalui peranti Circo anda dapat mencari segala maklumat ke manakah dan di manakah anak anda berada dalam tempoh tujuh hari yang lalu..Kiranya senang dan mudah untuk kita sebagai ibubapa tahu ke mana anak anak kita dalam tempoh tujuh hari tersebut.


Ok Lya pakaikan Circo dengan cara klip rantai kunci dan sangkut kat ruang tali pinggang seluar Akif.Tapi kalau anda rasa nak letak kat dalam poket ke nak letak kat dalam beg pon boleh jugak..


 

    

Sepanjang penggunaan peranti Circo tiada masalah yang berlaku dan Circo bekerjasama dengan baik bersama Akif.Pendek kata sepanjang penggunaan Akif-Circo,Lya dapat tahu semua lokasi Akif dengan mudah dan tepat.Circo dan aplikasi Circo pastinya menjadi pilihan Lya untuk anak anak tersayang.

Maklumat lanjut mengenai Circo :

Website : http://www.athentek.com/
Facebook : https://www.facebook.com/Circo.Athentek


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 sang pencerita

  1. bagus btol.. ada ciri2 keselamatn.. btter safe than sorry..

    ReplyDelete
  2. fuh bagus juga ni utk keselamatan anak ni kan..

    ReplyDelete
  3. zaman kanak kanakku tak ada pun menda alah ni... huhu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. En Saiful...Bateri blh tahan 2 ke 3 hari..Memang jimat bateri ..Setakat yang saya guna boleh bertahan selama 2 ke 3 hari bila charge penuh..

      Delete
  5. Berapa banyak data yg guna utk sentiasa alat ni aktif? Cth sebulan

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!