Cabut Gigi Susu Pertama Akif

May 12, 2016

Minggu lepas dua tiga kali Akif sibuk duk mengadu ada rasa keras kat belakang gigu susu dia..Pastu dia cakap rasa tak selesa laa ngan gigi Akif ni Umi..Bila aku jenguk kat dalam mulut dia..Sah dahhh memang sah tak syak lagi ada satu gigi baru nak naik kat belakang gigi susu dia..Ni bermakna gigi kekal pertama dia dah muncul laaaa..Masa tu jugak laa aku jadi panik sebab ramai yang cakap kalau gigi susu tak cebut lagi,gugi kekal dah keluar nanti gigi jadi tak cantik sebab keluar dari kawasan lain.Tak
boleh jadik ni..Esoknya aku ngan en hubby bawak Akif ke klinik gigi..Mau tak takut bila ramai sangat duk cakap nanti gigi tumbuh serong laa..tumbuh tak cantik la..bla bla bla bla....

Cabut Gigi Susu  , Gigi Kekal Dah Tumbuh , Gigi Susu Sihat Dan Bersih


Tak boleh jadik ni..Esoknya aku ngan en hubby bawak Akif ke klinik gigi..Mau tak takut bila ramai sangat duk cakap nanti gigi tumbuh serong laa..tumbuh tak cantik la..bla bla bla bla.... 

Pagi pagi dah tercongok kat Klinik Pergigian Chukai Kemaman..Dapat la nombor 0005..Kejap jer ni sebab datang awal pagi..Relaks kejap duk menunggu dalam suasana tenang dan aman sebab takde orang sangat masa ni..Rasa best jer duk santai santai sambil layan tengok tv kat klinik gigi..Akif pon nampak Ok jer takde banyak bicara sangat..Cuma sekali dua laa dia duk tanya bab bab gigi baru ...

Cabut Gigi Susu  , Gigi Kekal Dah Tumbuh , Gigi Susu Sihat Dan Bersih

Sementara duk menunggu ada sorang nurse tu bagi cenderamata..Ni haa ubat gigi Colgate..Dapat ubat gigi kecik satu ..

Cabut Gigi Susu  , Gigi Kekal Dah Tumbuh , Gigi Susu Sihat Dan Bersih

Relaks relaks dalam 15 minit..Nombor 0005 di panggil.Masa Akif bangun,sempat lagi dia tanya aku "Umi nak masuk ke tak"..Amboi conpidem sungguh dia..siap tanya Umi nak masuk ke idok..Nak masuk laa nak..Ni first time anak bongsu Umi cabut gigi..Mau Umi tanak masak..mestilaa masuk..Jom masuk..


Duduk kat bed biru tu...Haa aaa tengok tu dia perhati jer Dr yang bakal mencabut gigi dia nanti..Adakah dia takut?..Adakah dia nak nangis?..Adakah dia rasa apa aku rasa sekarang ni..Sebab masa tengok dia duk perati Dr buat kerja aku pulak rasa cam cemas semacam..Rasa takut pon ada.Dibuatnya dia buat perangai kat situ..tak ke haru biru kelam kelabu nantiiii..Pastu aku doa dalam hati moga moga dia tak buat perangai..moga moga dia tak takut..moga moga dipermudahkan..Al maklum laa first time cabut gigi ni...

Cabut Gigi Susu  , Gigi Kekal Dah Tumbuh , Gigi Susu Sihat Dan Bersih

Masa ni Doktor cakap cakap dulu ngan Akif..Apa khabar.siapa nama..sekolah kat mana..tahun berapa..bla bla bla..pastu dengar laa dia duk pot pet pot pet ngan Doktor.Aku tumpang dengar sekali laa..Baik betul Doktor berbangsa cina yang layan Akif aritu..Memang bagus giler laa orang kata..Cara dia layan budak budak..Budak budak yang takut pon jadi tak takut kalau camni layanan dia..Memang terbaik dia punya layanan..Siap tanya makan minum lagi..Suara pon lembut sangat..Kiranya aku memang suka sesangat laa cara Doktor ni layan Akif aritu..Aku bagi lima bintang..Akif pon nampak tak takut..Relaks jer duk sembang ngan Doktor..

Cabut Gigi Susu  , Gigi Kekal Dah Tumbuh , Gigi Susu Sihat Dan Bersih

Masa Doktor tengah siap siap buat kerja..Doktor cakap laa "Gigi adik cantik sangat..takde rosak takde masalah..semua cantik..gigi atas dan juga gigi bawah..Gigi bersih..bagussss..pandai jaga gigi..Gusi pon sihat takde masalah..Gigi elok jer..Terbaik laa adik"...Hehehe aku nampak Akif tersengeh sengeh bila Doktor cakap terbaik..Ingat BoboiBoy laa tuuu..Hahahaa..

Masa ni jugak laa aku tanya Doktor..Ermm Doktor nanti gigi jadi tak cantik ke sebab dah naik sebelum gigi susu tercabut..Doktor senyum jer..Aku nampak laa dia senyum walaupon dia guna penutup hidung biru tuuu..Doktor cakap taklaa mana ada..Kat gusi tu ada banyak ruang lagi untuk gigi adik membesar..Puan tak perlu bimbang sebab gigi adik takde masalah gusi pon ok..nanti dia kan tumbuh cantik macam ni jugak..Tak perlu bimbang sebab masih banyak space untuk gigi tu membesar..Ooo gitu eaaa..Ok ok tq Doktor..Aku tanya sebab bimbang jugak..Ya laa mana tau nanti gigi Akif tumbuh tak cantik huhuhu..Lepas dengar jawapan Doktor,lega laa sikit hati aku..Ya laa hati mak mak ni kan camni laaaa..


Masa ni Doktor cuci gigi guna ubat perisa strawberi..Aku dengar Doktor cakap ni perisa strawberi..adik suka strawbeei tak..Akif angguk angguk..Masa ni jugak aku tak duk dekat dia..Takut bila dia tengok Umi dia ni kan dia nangis..Ya laa lepas cuci nanti nak cucuk ubat bius pulak.Aku dulu masa cucuk terasa gak sakitnya..Ya laa cucuk kat gusi apa plak tak sakit..Sakit la wey..Tapi aku tengok Akif Ok je takde masalah masa Doktor cucuk..Ada nurse jugak kat tepi takut takut Akif meragam kan masa cucuk..Tapi dia tak meragam pon..Dah siap cucuk ubat bius Doktor suruh keluar dulu tunggu ubat bius daa serasi nanti Doktor panggil masuk balik..Masa duk menunggu kat luar,Akif cakap tak selesa mulut rasa besar..mulut cam tak rasa apa apa la Umi..Macam macam laa dia duk sebut..Masa tu aku susah hati jugak..Takut tetiba dia dia buat perangai tak nak cabut gigi habislaaaa...Jangan buat perangai wahai anak..Dalam hati aku doa banyak banyak agar dia tak mari akal tanak cabit gigi ...Kalau dia tanak parah plak laaa nak pujuk nanti...

Cabut Gigi Susu  , Gigi Kekal Dah Tumbuh , Gigi Susu Sihat Dan Bersih

Dalam lima ke 10 minit gitu,nurse keluar panggil nama Akif..Ok masa ni Umi jenguk dari jauh je..Takut Akif nangis..Tapi tak nangis pon..Ok je kat atas bed tu..Dengar laa Doktor tu cakap good boy..bagus..terbaik..Ok dah siap..Haipp kejap jer tak sampai dua minit daa siap cabut gigi Akif.Cepatnyer..Akif pon sibuk duk tanya dah siap ke dah siap ke..Hahaha dia pon tak sedar sangat masa mana Doktor cabut gigi dia..Cepat sangat..Sedar sedar Doktor cakap siap dah..Apalagi bangun dari bed terus keluar..Sebelum keluar Doktor pesan tunggu kejap nanti ambik ubat..

Pesanan Doktor tak boleh makan pedas,panas dan jugak manis..Kena makan yang sejuk sejuk jer dulu.Makan aiskrim takpe..Masa dengar aiskrim dia pandang je muka aku..Pastu Doktor cakap tak boleh berkumur lagi..esok baru boleh berkumur..Dengar jer Doktor cakap arini takleh berkumur lagi..Akif pandang aku..aku pulak pandang Akif..Dia macam nak tanya sesuatu jer tapi tak keluar dari mulut dia..Aku daa agak daa dia nak tanya apa..Nanti dia tanya aku laaa tuu..


Umi dengan abah tiga empat kali tanya sakit ke tak? Sakit ke tak ?..Dia steady jer cakap tak sakit la Umi..tak sakitla abah..Akif ok jer..Ok la tu kalau tak takde nyer nak bergambar siap senyum gitu kalau dia sakit..Sempat sengeh lagi tu kira Ok laaa..Masa kat kaunter nurse cakap boleh ambik ubat gigi yang disediakan kat dalam bakul.Akif ambik satu.Mula mula.masuk tadi dah ambik satu..Umi ambik dua..abah ambik satu..Cukup laa lima hehehe..Pastu masa nak balik jalan jalan ke kereta..Baru laa Akif tanya soklan kat aku..Umi Akif nak tanya..kalau arini takleh berkumur camne Akif nak solat?..Ha aa kan camne nak solat..Takde apa laa boleh jer kumur kumur takde masalah laa nak..Nanti masa ambik air sembahyang Akif boleh jer kumur kumur tapi jangan kuat kuat sangat..Ooo jadi Akif boleh laa solat ya Umi..Boleh je takde masalah nak oiii..Ok Umi..

Cabut Gigi Susu  , Gigi Kekal Dah Tumbuh , Gigi Susu Sihat Dan Bersih

Ni haaa ubat gigi yang dapat kat Klinik gigi..Lima sekali dapat hehehe..Takpe laa bukan selalu ke klinik gigi..Dah orang bagi kita terima seadanya..Alhamdulillah rezeki jugak ni..rezeki dapat ubat gigi free hehehe.

Cabut Gigi Susu  , Gigi Kekal Dah Tumbuh , Gigi Susu Sihat Dan Bersih

Ha aa dah tak berdarah daa.Kejap je lepas cabut berdarah sikit pastu daa Ok..Sedih pulak tengok gigi dah takde.Ya laa kan gigi susu Akif tu kalau ikut sifat semulajadi dia memang elok lagi..takde cacat cela pon lagi cuma kena cabut sebab gigi kekal dah tumbuh kat belakang gigi susu tu...Sayang pon ada huhuhu..


Bila daa Ok sikit..Darah pon daa tak keluar..Dia punya tangan tu laju jer duk rasa duk main main kat kawasan gigi yang dah takde tu.Dia cakap gigi Akif dah takde dah..Gigi susu pertama Akif dah cabut daa..Takde gigi laa Akif pasni huhuhu..Apa pulak takdenya kan gigi kekal dah naik kat belakang gigi susu yang dah cabut tu..Nanti makin lama makin besar la gigi tu bukan kecik camtu jer nak oiii...Bila cakap camtu dia diam jer..Pastu kan kan kan..Jeng jeng jeng !!!!!


Ni apa ke hal pulak ni..Ok ni mood merajuk dia datang daaa..Sebab per sebab Umi salah cakap..Akif takde gigi daa..Orang takde gigi,kita panggil " gigi rongak".Huaaa merajuk situ jugak dia bila Umi ngan abah cakap gigi rongak..Marah sangat laa tu..Tapi tak lama sebab Umi daa janji kalau dia tak nangis masa proses cabut gigi,Umi akan belikan hadiah untuk Akif..Nak hadiah tak nak hadiah tak..Nak hadiah takmo la majuk majuk tak elok la majuk majuk..Tak cool laa anak Umi majuk..

Cabut Gigi Susu  , Gigi Kekal Dah Tumbuh , Gigi Susu Sihat Dan Bersih

Akif pilih pensil warna Luna untuk hadiah..
Ok laa boleh laa dia tak minta benda benda mengarut udahlaa..Janji dia suka dengan hadiah yang dia pilih..Alhamdulillah Umi bagi hadiah sebab tak nangis masa cabut gigi..Suka laa tu suka laa tuu..Ok laa berakhir sudah kisah Akif cabut gigi susi pertama..Panjang berjela jela sebab aku tulis tanpa tapisan..Terus jer karang..Bila nak publish baru aku sedar..Makk oiii panjangnya citer aku..Tapi takpe laaa ni kisah yang aku tulis untuk Akif baca satu hari nanti..Kisah sejarah cabut gigi susu pertama Akif...


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 sang pencerita

  1. Akif dah besar dah makin berani. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. Dah besar dh akif.. Hehe. Teringat betul dgn cerita upin ipin..

    ReplyDelete
  3. Pengalaman pertama Akif cabut gigi, lepas ni tak takut dah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!