KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Biobax

Monday, 7 March 2016

Resipi Aiskrim Sumi

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Resipi Aiskrim Sumi.Sekarang ni ramai sangat duk viral aiskrim sumi.Kalau buka facebook tiap tiap hari gambar aiskrim sumi muncul depan mata.Memang viral sangat dah aiskrim sumi ni..Ramai pulak yang duk buat aiskrim sumi.Suka pulak tengok diaorang duk post gambar gambar aiskrim sumi warna warni kat facebook.
Macam nak berlawan pon ada.Siap warna warni bagai....

Oleh kerana ramai sangat duk bercerita mengenai aiskrim sumi ni...Lya pon nak citer jugak..Nak citer yang kita belum buat lagi aiskrim sumi.Tapi kita dah makan yang kawan kita buat..Kita dah beli ngan dia aiskrim sumi..Rm0. 30 satu batang.Boleh laa makan musim panas camni..Bagi sejuk tekak.

Ada yang cari resipi aiskrim sumi laa kat blog kita..Setiap hari ada yang cari..Nah kita kongsi laa jugak resipi aiskrim sumi kat blog kita ni ...Taraa nah resipi aiskrim sumi yang sedap dan lazat gituu..

Resipi Aiskrim Sumi


Bahan Bahan Aiskrim Sumi

– 1 tin susu pekat manis
– 1 tin susu cair
– 1.5 liter air putih..Air yang telah di masak
– Garam secukup rasa
– Sumi jelly secukupnya..Boleh belah empat sumi jelly tu ya.


Cara Cara Buat Aiskrim Sumi 


1. Campurkan susu pekat manis dan susu cair serta 1/3 air dan dimasak bersama sedikit garam. Padamkan api.
2. Masukkan baki 2/3 tin air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan sumi berlainan warna yang telah dibelah tadi ke dalam plastik aiskrim serta masukkan adunan tadi. Ikat dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Resipi Aiskrim Sumi , Aiskrim Sumi , Viral Aiskrim Sumi
Ni rupanya aiskrim sumi ....kredit gambar kat tuan punya gambar aiskrim ni..Tapi lupa plak nama facebook dia..Huaaa huaaa..Harap halalkan laa ya..


6 comments:

  1. pernah buat.. ada lagi dlm peti ais.. huhu comel!

    ReplyDelete
  2. Tak buat lagi... Biasa dh lepas musim baru sy layan viral ni..

    ReplyDelete
  3. Dari minggu lepas dok salin resepi ice cream ni tapi belum cuba buat lagi.. ;)

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya..lps ni nk try jgk la

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Akif Imtiyaz Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah