❤ Akif,Iman & Insyirah Seronok Tonton Hi5 Di Istana Budaya ❤

December 18, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

10.12.2015 first time Lya dan anak anak jejak kaki ke Istana Budaya.Sebelum ni memang tak pernah menjejakkan kaki kat sini.Kiranya 10.12.2015 HARI INI DALAM SEJARAH la untuk kami satu family dapat jejak kaki ke Istana Budaya.Ok tak nak citer pasal Istana Budaya nak citer pasal keterujaan Akif,Iman dan juga Insyirah ketika menonton Hi5 di Istana Budaya..Wow wow wow tak sabarnya nak menonton konsert bersama anak anak.Mood KETERUJAAN lebih jatuh pada Umi..Umi pulak yang melebih lebih.

Sebelum terlupa Lya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Blogger Diya Nadia aka Kak Fink yang sudi collect tiket Hi5 untuk Lya.Tq friends.First time jumpa Diya kat konsert Hi5 tapi tak sempat bergambar..
Alahai tak teringat nak selfie selfie masa tu sebab Diya pon sibuk duk tunggu pemenang untuk pass tiket yang belum di tuntut..

Tq Diya..tolong ambilkan tiket untuk Kak Lya..Yeyy dapat tiket.

Meh posing sama..Abah cakap biar abah yang snap gambar..

Posing jer laa dah ada yang offer suh bergambar..hehehehe..

Ok satu lagi ..satu lagi. Sengehhh..

Ok konsert Hi5 Lya dan anak bermula jam 2 petang.Jadi sebelum konsert bermula kami sempat bergambar di sekitar Istana Budaya yang berlatar belakang banner Konsert Hi5.Tak dapat bergambar dengan geng Hi5 bergambar dengan banner pon jadi la kan !.Tak lari jauh bergambar kat situ jer sebelum konsert bermula..Ok masa bergambar ..


1 2 3 senyummmmm

Ok senyummm lagi ..


Ha aa dah jadik patung dah kat situ..tegak semacam jer Akif ..

Ok Iman punya turn bergambar..Bila suruh bergambar sorang sorang mati kutu nak buat gaya apa..

Kakak Insyirah pon tegak semacam macam tiang bendera la pulak ..

Ok dah selesai sesi tangkap dan menangkap gambar aumm aumm kita terus masuk ke dewan..Mula mula masuk dah terpampang props persembahan Hi5.Antara yang paling teruja bila nampak props Akif la..Siap tanya lagi.Ni konsert tidur tidur ke Umi ?.Ya la gamaknya siap ada katil bagai.Konsert tidur tidur laa kot hehe.Nama pon Hi5 House Of Dreams nak oiii..Nanti kita tengok apa mimpi mimpi yang bakal disajikan..



Sebenarnya nak bagitahu..banyak jugak Lya snap gambar kat dalam ni tapi gambar gambar kat dalam ni kebanyakkannya malap sebab lampu di tutup..Huaa huaa hanya satu dua keping gambar jer yang elok.Yang lain kabur dan tak menepati kriteria untuk letak dalam entri..Makanya ni jer laa gambar yang ada.Yang lain dah delete sebab tak cantik ...


Macam biasa la mula mula duk layan konsert Hi5 anak anak memang suka,gelak,menyanyi,menari,melompat bagai..Tapi bila dah takde tenaga terduduk jugak la tiga beradik ni..Layan jer la geng Hi5 kat depan duk menyanyi dan menari...Nak kata tak seronok ??..Mau nya tak seronok,seronok sangat laa kata Insyirah,seronok sangat hingga tak sedar konsert dah tamat..

Alahai seronok betul la ni kan. Alhamdulillah terpampang keseronokan dan kegembiraan di wajah anak anak.Persembahan Hi5 pon tidak mengecewakan..Sepanjang masa memang happening sangat dengan gelagat mereka di pentas.Kiranya mereka ni memang serba boleh la dan punyai energi yang kuat ..ya la bukan senang nak menyanyi nak berlakon nak menari lagi dalam satu masa.Memang best sangat la orang kata.Kiranya masa menonyon kami dipenuhi keseronokan dan kegembiraan..Tq Hi5 Team..Kami terhibur menonton persembahan anda..

Akhir kata terima kasih untuk Enrich kerana telah menaja empat tiket Hi5 untuk Lya dan anak anak.Alhamdulillah kami seronok dan bergembira sepanjang konsert berlangsung.


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 sang pencerita

  1. amboiii...gembira sungguh bertiga tuu kan

    ReplyDelete
  2. untungnya budak2 zaman sekarang kan.. hehehehee.. alhamdulillah.. :)
    aunty ain ni umur 29 tahun baru pertama kali jejak kaki kat Istana Budaya tu.. hehehehee..

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. untungla dah masuk istana budaya

    ReplyDelete
  4. Pengalaman indah zaman kanak-kanak mereka..

    ReplyDelete
  5. Ala....tak dan nak jumpa Lya...Sal pagi....jom join Lya:

    http://www.kisahpondokkecil.com/2015/12/year-end-giveaway-by-imashue.html

    ReplyDelete
  6. Kalau Akiff pegi ni mesti die suke sgt sbb die mmg layan hi 5 tp timing tak cun hari tu... Die kat kampung...

    ReplyDelete
  7. Anak-anak minat Hi5 juga tapi crew dah bertukar so deorg tak berapa suka dengan yang group ni. Apa2pun hope the kids have a great time :)

    ReplyDelete
  8. Awalan salam pembuka kalam
    hulurkan salam tempat bertandang,salam dihulur tuk semua mengundang
    Riuhkan dan ramaikan secara berhemah
    Salam :) rimba,benua dan dunia dan Salam :) kembali ke sekolah
    Undangan Khas kesemua rakan bloggers ke http://selatmerah.wordpress.com

    ReplyDelete
  9. apa khabar..salam maulidur rasul..lama juga ya tak ada entri..agaknya sibuk kan

    ReplyDelete
  10. ehehehe seronoknyeee diorang melayan HI5 tu ya..
    mesti enjoy tengok show..

    ReplyDelete
  11. seronoklah dorang dapat tengok live kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!