❤ Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015 ❤

November 17, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015 telah diadakan di Suria Cherating Beach Resort pada 15 November 2015.Alhamdulillah kali ni Umi dan abah dapat hadir sekali ke Majlis Graduasi Akif..Syukur pada Allah majlis berjalan lancar mengikut perancangan.

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Majlis bermula sekitar jam 8.30 pagi....Di mulakan dengan pendaftaran kehadiran ibubapa dan pengagihan baju konvo.Jam 8.50 pagi ketibaan VIP diikuti perarakan masuk graduasi ke dewan dengan iringan muzik.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan doa dan ucapan selamat datang ..Seterusnya bacaan al quran dan terjemahan oleh anak anak prasekolah.Perasmian majlis graduasi telah disempurnakan oleh Tuan PPD daerah Kemaman.Persembahan tradisional anak anak prasekolah mengambil tempat sebelum penyampaian sijil dan hadiah untuk semua anak anak prasekolah..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Alhamdulillah dah tamat belajar di PraSekolah.Tahun depan Akif akan melangkah ke tahun 1 di sekolah yang sama ...

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Senyum senyum Umi nak snap gambar ni..Bukan senang tau nak snap gambar graduasi sebab gerakan laju je sorang sorang..Kena standby dua telefon ni..Satu telefon abah dan satu telefon Umi..Kamera tak sempat nak guna..Al maklum la tangan dua dua guna untuk pegang handphone..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Dapat juga gambar yang cantik dan memenuhi kehendak Umi..Ok laa boleh simpan untuk kenangan Akif nanti..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Alahai segak dan bergaya sungguh laa anak bujang Umi dengan jubah konvo merah.
Fuh handsome sangat bila berjubah camni..Eh eh eh tetiba pulak Umi terperasan lebih..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Meh sini..pandang kamera jap..Umi nak snap gambar..Satu dua tiga cheese..Hehe..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Bersama dua kawan baik..Rayyan dan jugak Zharif.Ha aaa dua orang ni kawan baik Akif kat kelas.Bff sangat...

Acara seterusnya ..Acara yang paling ditunggu tunggu anak anak prasekolah semestinya CABUTAN BERTUAH..Masing masing sibuk angkat tangan nak hadiah nak hadiah...Seronok tengok gelagat anak anak ...

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Rezeki Akif..Menang cabutan bertuah..
Alhamdulillah syukur dapat hadiah hehehe..

Selesai acara cabutan bertuah majlus diserikan dengan persembahan nyanyian anak anak prasekolah.Seterusnya penyampaian hadiah karnival kecemerlangan prasekolah peringkat negeri Terengganu..Persembahan tarian k pop oleh anak anak prasekolah mencuit hati guru guru dan juga ibubapa...Majlis berakhir pada jam 12 tengahari..
Alhamdulillah syukur.

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Sebelum balik snap gambar lagi sekali dengan hadiah cabutan bertuah..Yeyy..Suka sangat bila menang cabutan bertuah..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Ok gambar dengan Umi ..pastu gambar dengan umi juga abah..tapi kat sini gambar abah takde laa..Abah tak kasi letak gambar kat blog abah kasi Umi dan anak anak jer..Ok abah takpe laaa..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Gambar sekitar majlis graduasi.Kat mana ada Akif kat situ la ada Umi duk snap gambar.Ada yang Akif pandang kamera ada juga yang tak pandang..Takpe laa janji ada la juga gambar sekitar majlis graduasi..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Alhamdulillah..dapat SIJIL PRASEKOLAH setelah setahun bertungkus lumus dibangku prasekolah..Tahniah Akif Imtiyaz.

Artikel Menarik yang Lain

7 sang pencerita

  1. assalamualaikum lya...tahniah Akif...semoga akan sentiasa berjaya yer...:)

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok majlis graduasi anak sis lya, tahniah adik Akif Imtiyaz. Kenan tgk set jubah anak-anak cilik sekarang konvo tadika, cantik!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tahun depan melangkah ke darjah 1 pulak ya..

    ReplyDelete
  4. besar dah Akif.....

    Sal tag Lya:

    http://www.kisahpondokkecil.com/2015/11/1st-giveaway-by-mb.html

    ReplyDelete
  5. tahniah,cantik dan comel sijil prasekolah tu :-)

    ReplyDelete
  6. Tahnia akif ya..jadi yang terbaik nanti..

    ReplyDelete
  7. Tahniah yer Akif... Selamat bercuti yer ^-^

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..