❤ Jangan Masuk Perangkap Panggilan Dari Luar Negara.❤

November 13, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Baru baru ni kecoh mengenai sebaran mesej melalui WhatsApp berkenaan ''MISSED  CALL'' dari nombor telefon +265882615012  dan  +265882615017 yang bertujuan memerangkap penerima panggilan.Mangsa yang membuat panggilan semula kepada kedua dua nombor berkenaan akan menanggung caj panggilan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit.Kes ini telah mendapat perhatian Polis DiRaja Malaysia dan satu siaran media telah di buat pada 11 November 2015.Lya sertakan sekali siaran media untuk tatapan pembaca Blog Akif Imtiyaz.

SIARAN MEDIA: Perangkap Panggilan Dari Luar Negara.

SUMBER : FACEBOOK PDRM
Jangan Masuk Perangkap Panggilan Dari Luar Negara 


Jangan Masuk Perangkap Panggilan Dari Luar Negara

Dalam duk sibuk orang bercerita.Lya check phone kedua Lya,ada tertera nombor yang dimaksudkan.MISSED CALL pada 6.11.2015 jam 9.43 malam.Lya memang tak pernah layan bila dapat MISSED CALL dengan nombor yang pelik camni.Sebab per tau sebab nombor untuk telefon ini telah dikhaskan untuk ahli keluarga sahaja.Bila masuk jer nombor yang pelik memang Lya tak pernah angkat atau layan.Memang pelik la kan kalau ada MISSED CALL sedangkan kita tak bagi nombor kita tu pada orang lain selain ahli keluarga.Jalan paling selamat tak perlu angkat dan tak perlu la nak balas call..

Terkejut juga bila dapat tahu ini satu teknik licik penjenayah.Main main MISSED CALL pulak nak suruh kita call balik.Bila orang duk heboh baru Lya check handphone balik..Ha aa laa nombor yang sama..Tapi bagi Lya benda ni tak pernah menggugat ketenteraman Lya sebab Lya dah SET KAT DALAM KEPALA tak kan angkat atau call balik nombor yang Lya tak kenal.Kalau betul la SI PEMANGGIL sedang cari kita dia pasti akan call balik,sms atau whatsapp kita semula.Tak gituuuu !!!.Banyak cara orang boleh cari kita kalau betul betul perlukan kita..Jadi lepas ni kena hati hati ya..

Jangan masuk perangkap panggilan dari luar negara..Jangan balas panggilan dari Malawi.Jangan sekali kali membalas panggilan daripada dua nombor ini :-


WARNING !!!!!!!

+265882615012  dan  +265882615017

JANGAN BALAS CALL DARI NOMBOR DI ATAS !!!



Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. terima kasih share info..kena hati hati ni

    ReplyDelete
  2. Sal pun dapat gak panggilan ni...geram betul..

    ReplyDelete
  3. rasanya skrang ada apps yg boleh keluarkan dari negara mana panggilan tu dibuat..
    amboi macam2 sungguh zaman skarang ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.