❤ Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah ❤

October 13, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH



Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana memberi kita ruang dan peluang untuk sama sama menyambut tahun baru Hijrah esok hari 14 Oktober 2015 bersa maan 1 Muharram 1437 Hijrah.Mulakan HARI BARU di TAHUN YANG BARU ini dengan sebuah KUASA HIJRAH DIRI luarbiasa menuju REDHA ILLAHI !! InsyaAllah .. Kita kini MENJELANG MAAL HIJRAH !!KALENDER ini bakal berubah lagi!! Ia SERUAN untuk HIJRAH..
Ia MASA untuk BERUBAH !!!


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


DOA AWAL TAHUN HIJRAH


DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Artikel Menarik yang Lain

6 sang pencerita

  1. Perkongsian yang baik kak lya. Salam maal hijrah

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus penghayatan tentang maal hijrah..semoga ramai membaca di sini salam maal hijrah..1437

    ReplyDelete
  3. it's still not too late for me to wish u salam maal hijrah..Moga tahun ini jadi tahun yg lebih baik dr seblomnya......Insya-Allah tahun nih kita sama sama berjaya gapai apa yg kita nak.........tahun ini bkan tahun utk tewas!heeeeeeeeeeee :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.