❤ Tips Pemilihan Warna Hijab Mengikut Tona Kulit ❤

August 17, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Pelajari Pemilihan Warna Hijab Mengikut Warna Kulit |  Pernah tak anda perasan kekadang ada sahaja yang memerhati cara penampilan anda. Terutamanya bila anda memakai hijab yang agak kurang sesuai dengan anda. Bagaimana ingin membuat pemilihan dalam berhijab mengikut tona warna.
  
dreams fairy boutique, dreams fairy hijab boutique

Pelajari Pemilihan Warna Hijab Mengikut Warna Kulit


Setiap tona kulit kita berbeza, begitu juga dengan pemilihan warna yang sesuai untuk kita gayakan terutamanya pemilihan warna tudung. Tudung merupakan antara yang paling berdekatan dengan pemandangan seseorang. Jadi pemilihan warna yang betul mengikut tona kulit akan membantu dalam menaikkan seri wajah seseoarang.

Panduan pemilihan warna hijab yang bersesuaian dengan tona kulit:-


1. Kulit Putih
Anda yang berkulit putih adalah bertuah, kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning, kerana ia boleh membuatkan wajah tampak pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra dengan kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya.



2. Kulit Kuning Langsat
Pilih rona terang seperti kuning, merah dan merah jambu. Rona biru juga sesuai untuk digayakan. Elakkan daripada memakai coklat gelap atau krim kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak kusam.


3. Kulit Sawo Matang
Hindari dari memilih rona yang seakan warna kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap, kerana penampilan anda akan tampak suram dan tidak menyerlah. Rona pastel, terang atau gelap seperti ungu atau merah hati amat bersesuaian dengan tona kulit ini.

dreamsfairy boutique, dreamsfairy hijab boutique

4. Kulit Gelap
Warna-warna terang seperti merah, jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit anda, sekaligus menaikkan seri wajah. Untuk penampilan yang lebih berani, gayakan warna neon untuk kelihatan menyerlah. Warna kusam seperti coklat harus dielakkan kerana ia boleh menenggelamkan penampilan anda.

Dreams Fairy Boutique (DFB)

Dreams Fairy Boutique (DFB) merupakan perniagaan online hijab yang telah diusahakan oleh Yanie Yusuf dan Diayan Yusuf. Penubuhan DFB secara kecil-kecilan sehingga kini telah mengeluarkan koleksi shawl dibawah label DreamsFairy. Cetusan idea untuk DFB menbina empayar pengeluaran hijab kerana sumber inspirasi dari adik-beradik sendiri, dimana mereka mempunyai 7 adik-beradik puteri-puteri belaka. Alhamdulillah kini DFB bukan sahaja menjalankan secara online tetapi telah join event-event besar seperti anjuran Mood Republik. DFB juga telah berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dibawah nama Dreams Fairy Boutique.

'' Hijab, Trendy & Islamic Law ''
Untuk sebarang maklumat lanjut dan Follow DFB di:


Facebook: https://www.facebook.com/dreamsfairyhijabboutique
Facebook company: https://www.facebook.com/DreamsFairyBoutique
Instagram: @dreamsfairyboutique

sumber: http://www.wanista.com/

Artikel Menarik yang Lain

5 sang pencerita

  1. meaksih info ni.. bru cik en brani nk pilih warna cmni

    ReplyDelete
  2. Good tips Kak Lya. Berguna kepada mereka yang memerlukan diluar sana :)

    ReplyDelete
  3. info yg berguna untuk wanita2 diluar sana....

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.