❤ Petua Untuk Elak Gastrik Semasa Berpuasa ❤

July 02, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Petua Untuk Elak Gastrik Semasa Berpuasa

1. Berbuka secara ringan - Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik,tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka.Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak "terkejut" Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib,kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.

Petua Untuk Elak Gastrik Semasa Berpuasa

2. Tidak berbuka terlalu berat - Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

3. Makan makanan yang mengandungi sulfur - Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.

4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka - Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.

5. Elak makanan tinggi lemak - Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak

6. Makan secara sederhana - Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar,ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya,jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.

Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. Tak minum kafein sebb takut masuk angin

    ReplyDelete
  2. bulan Ramadhan je gastrik datang
    bulan lain tak de pula hehehehe
    yang penting amalkan pemakanan yang sihat..jd perut pun sihat

    ReplyDelete
  3. minum cinch shake pun elak gastrik juga... hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..