❤ #Cabaran20Hari - Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa ❤

July 01, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

#Cabaran20Hari - Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa 


#Cabaran20Hari
#Cabaran20Hari - Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari untuk hari kelima adalah ~Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa.Pahit pedih sedih semua ada..Ni kira memang pengalaman pahit sesangat la ni.Jom terobekkk balik yang pahit untuk ku telan itu...Terobekkk la sangatttt !!!

Masa tu tahun 2008,anak sulung Lya ,Insyirah 4 tahun..Nak di jadikan ..cerita di akhir ramadhan Insyirah demam dan Lya bawa dia ke Hospital Kerajaan kerana ada temujanji dengan Doktor Pakar untuk PENYAKIT TONSIL ...Dalam duk menunggu angka giliran badan Insyirah makin lama makin panas tapi Lya dah sediakan satu tupperware berisi kain basah dan jugak air..Jadi basahkan kepala Insyirah ngan air dan lap dengan kain basah agar panas badan cepat turun...Ok dah selesai jumpa Doktor dan dibekalkan ubat dalam perjalanan ke kereta tetiba Insyirah jatuh mengejut sebab serangan sawan..Masa tu betul betul kat depan bilik mandi mayat Hospital Kemaman..En Hubby cepat cepat angkat dan bawak terus ke bilik tu terus mandikan Insyirah ..Masa tu panggil nama dia takde respon langsung..Mulut pon dah berbuih..Umi dah celaru dah duk menangis..Kakitangan Hospital terus angkat Insyirah letak atas wheelchair dan bawak kat KECEMASAN..

Kat dalam bilik kecemasan masa tu ada pulak pelatih pelatih jururawat yang tengah praktikal..Habis duk berkerumun tengok sampaikan kita sebagai mak kat belakan ni tak dapat nak tengok apa jadi dengan anak kat atas katil..Terjenguk jenguk duk intai apa kesudahan nasib anak kita ...Rasa nak TERIAK pon ada masa tu sebab rimas dengan pelatih pelatih yang ramai duk berkerumun macam pesta lagaknya..Adoi laa sakit hati sungguh masa tu..Akhirnya cilok kot tepi kot kanan kot sebelah boleh jugak masuk tengok anak yang terlantar dengan wayar berselirat kat tangan dan jugak dada..Alhamdulillah Doktor berjaya hentikan sawan dan ubat dimasukkan ikut punggung sebab badan terlalu panas.Alhamdulillah syukur Ya Allah..Menitik air mata Lya tengok dia dalam keadaan sedar tak sedar..Pandang syiling jer macam tak tau apa apa..masa tu memang sedih sesangat tengok keadaan Insyirah yang tak bermaya..menitik air mata rasa nak meraung pon ada.

Lepas dah settle kat bilik KECEMASAN,Doktor cakap kena tahan..Ok la takpe la tahan pon tahan laa janji Insyirah sihat sepenuhnya..Mula mula masuk wad tak tahu nak cakap apa,memang sedih sesangat tengok Insyirah.Tak bercakap langsung walhal dialah anak yang suka bercakap sebelum ni duk pot pet pot pet.Lepas dah masuk kat wad kena pulak buat X Ray ..Dah dapat keputusan X Ray ada jangkitan kuman pada paru paru..Doktor masukkan antibiotik melalui tiub sekali dengan masuk air sebab antibiotik yang makan dah tak jalan dengan Insyirah.

Duduk kat Hospital lima hari ..Hari kelima adalah dua hari sebelum Hari raya Aidilfitri.Doktor datang sebelum tu bagitahu tak dapat keluar..Kena beraya kat Hospital.Takpe la nak buat camne demi anak tak kisahla janji anak sihat..Tapi petang Doktor masuk lagi dan bagitahu keadaan Insyirah dah pulih dan dibenarkan keluar Hospital..Alhamdulillah dapat jugak keluar Hospital..

Citer Lya ni jadi tak bermaya sebab banyak part kena SKIP la pulak.Part sedih sebenarnya banyak giler tapi kena SKIP sebab panjang sangat...Tapi takpe la janji Lya dah dapat sahut cabaran untuk entri pengalaman pahit dibulan puasa...Ni la antara pengalaman pahit yang Lya lalui di bulan puasa.Yang lain lain ada lagi tapi takde la sepahit pengalaman yang ni..


Alhamdulillah,#Cabaran20Hari kini masuk hari kelima..Berjaya juga Lya siapkan entri untuk hari kelima dalam menyahut #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015.Go go go ..Teruskan menyahut cabaran seterusnya ... InsyaAllah..

#Cabaran20Hari, #HariKeLima #ExchangeFeedGroup #KelabBloggerBenAshaari #AkifImtiyazDotCom

Artikel Menarik yang Lain

8 sang pencerita

  1. Sedih dengar pengalaman Lya, Alhamdulillah Insyirah ok

    ReplyDelete
  2. Teringat kenangan masa dak Adik dapatkan rawatan susulan, jatuh pada sehari sebelum raya dan perlu ulang selang 2 hari..
    Jadi raya ketiga dah kena pergi semula ke hospital.. balik kampung pun macam tergesa-gesa disebabkan dak Adik masih memerlukan rawatan masa tu..

    ReplyDelete
  3. Dugaan sebagai kenangan untuk menambah pengal

    ReplyDelete
  4. Utk tambah pengalaman dan menjadikannkita lebih dewasa.

    ReplyDelete
  5. subhanallah... tabah kak lya..

    ReplyDelete
  6. Siapa tak sedih klu beraya di hospital kan.. kenangan nostalgia tu walaupun menyedihkan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.