❤ #Cabaran20Hari - Nostalgia Kad Raya ❤

July 14, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

#Cabaran20Hari
#Cabaran20Hari - Nostalgia Kad Raya

Nostalgia Kad Raya


#Cabaran20Hari untuk hari ke lapan belas ialah ~ Nostalgia Kad Raya.Cakap pasal nostalgia kad raya.Ingat lagi tak ayat ayat kat bawah ni ...Kalau Lya ingat balik memang tersengeh macam kerang la jawapnya ...Kenangan sangattttt !!!

''PECAH KACA PECAH GELAS,SUDAH BACA HARAP BALAS ..''

''PECAH KACA PECAH TONG SUDAH BACA HARAP GANTUNG..''

''PECAH KACA PECAH SAMPAN SUDAH BACA HARAP SIMPAN ..''

Nostalia sangat kan kan kan !! .. Dulu dulu kalau dapat kad raya memang ayat ayat power kat atas tu akan terselit indah pada kad raya.Memang ayat yang tak pernah lupa untuk tulis setiap kali nak hantar kad raya..Hahaha yang lucunya bukan pakai pos pon ..Bagi kat tangan jer pada kawan kelas sebelah hahahaha...Ingat masa sekolah memang tak miss la beli kad raya untuk bagi pada Cikgu dan kawan kawan..Ingat sesangat memang tak pernah lupa pada Cikgu dan jugak kawan kawan bila dah dekat nak raya..Memang selalu beli kad raya untuk kawan kawan tanda ingatan..

Ingat lagi tak kad raya dulu dulu yang jual sepeket ada lima tu ? Dalam sepeket tu adala yang cantik yang tak cantik yang takde fungsi pon adooo.Ya laa,kad raya untuk kekasih hahahaha,zaman sekolah dulu mana ada kekasih..Poyo sangat laaa nak bagi kad raya untuk kekasih.Maka tersimpan la kad raya tu tak tahu nak bagi kat saper.Bila terimbau kenangan pasal kad raya ni kan,tersengih kejap. Teringat balik kenangan lama yang mengusik jiwa.Eh eh eh lupa plak ..Ingat lagi tak kad raya yang ada muzik tu..Ha aa yang ada muzik bagai tu..Memang best giler laa kalau dapat kad raya ada muzik camtu..Gempak habis laa...Ada lagi ada lagi.Ingat tak kad raya yang besar gedabak tu ...Hahaha saper dapat memang suka tak habis la sebab memang besar la sangat..Rindu sesangat zaman dulu dulu.Memang nostalgia sangat zaman sekolah rendah dan sekolah menengah duk kumpul kad raya..

Dah dapat kad raya ..Apalagi time nak gantung kad raya pulak..Siap ketip satu satu kad dengan stapler pastu gantung kat dinding rumah sampai penuh kad raya terpampang kat dinding..Sekali tengok dah macam wallpaper dah kat dinding rumah hahahahaha..Alahai rindunya ..Tahun ni plak Lya memang tak sempat nak g cari kad raya..Takde kad raya untuk diposkan tahu ni huhuhu..Nak kad RAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAa.!!!

Taraaa tahun ni dapat 5 keping kad raya..Tq Fiza,ShedaUcu,Kak Ana,Zumal dan juga Shida Radzuan...

#Cabaran20Hari, #HariKeLapanBelas #ExchangeFeedGroup #KelabBloggerBenAshaari #AkifImtiyazDotCom

Artikel Menarik yang Lain

6 sang pencerita

  1. Kalau zaman kecik2 dulu, asal dapat kad raya je, bukan main gantung. Padahal kad rayanya daripada jiran sebelah, daripada kawan2 sekelas je.. hihi

    ReplyDelete
  2. dlu2 mmg byk sgguh dpt kad raya..sronok sgt...

    ReplyDelete
  3. Hihihi. Best kan dapat kad raya :)

    ReplyDelete
  4. Bila buat entry ni teringat zaman sekolah dulu.. ;)
    sekarang takde dah xtvt macam tu..

    ReplyDelete



  5. menyesal dulu tak amik gambar kad raya yg diterima, skrg dah manalah pergi..nak dapat lagi macam tak mungkin
    dulu pernah tulis kad raya untuk kawan, tapi tak hantar pun

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.