❤ #Cabaran20Hari - Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa ❤

July 04, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Sabtu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

 #Cabaran20Hari
#Cabaran20Hari - Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa


#Cabaran20Hari untuk hari kelapan adalah ~ Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa.Teringat satu ketika dulu,masa kecik kecik dulu kat kampung.Setiap kali jiran atau mak ayah Lya menyiapkan juadah untuk berbuka..Kami pasti akan bertukar tukar bekas atau pinggan yang berisi juadah untuk sama sama berbuka.Jiran masa kat kampung dulu memang best..Macam macam kuih muih yang kita tukar tukar balas membalas..Pendek kata memang tak perlu lagi nak beli kuih muih untuk berbuka..Sangat seronok bila di kenang balik kenangan lalu...

TAPI KINI ????

Amalan bertukar atau berbalas juadah di bulan puasa seakan dilupakan..Masing masing dengan haluan sendiri.Kebanyakan jiran yang ada di sekeliling rumah Lya sekarang lebih suka membeli makanan di bazar ramadan daripada masak sendiri kat rumah.Nak tahu kenapa ?? Ya laa jiran yang ada sekarang ni kebanyakannya suami isteri bekerja.Balik dah dekat waktu berbuka..Tak sempat nak kenal mesra apalagi nak berbalas juadah untuk berbuka.

Tapi memang betul,Lya pernah sediakan juadah untuk dihantar pada jiran ..Masa nak hantar tu jiran belum balik lagi..Tunggu punya tunggu punya tunggu ..Ermmm tak tahu pon jiran balik kampung rupanya..Al maklum laa bukan semua aktiviti jiran kita tahu..Ermm takpe la takde rezeki nak berbagi juadah..Begitulah bila dah berjiran dengan suami isteri bekerja..Susah juga nak jumpa diaorang bila bulan ramadan..

Ok dah siap entri hari kelapan dalam menempuh #Cabaran20Hari.Harapan Lya,semua cabaran yang mencabar ini berjaya Lya lalui dengan jayanya.Setakat hari ke - 8 nimasih boleh buat lagi laaa nampaknya..Moga moga hari seterusnya cabaran akan tetap disiapkan..InsyaAllah ..Aaamin aamin ..

#Cabaran20Hari, #HariKeLapan #ExchangeFeedGroup #KelabBloggerBenAshaari #AkifImtiyazDotCom

Artikel Menarik yang Lain

6 sang pencerita

  1. Seronok zaman tukar2 juadah dulu :)

    ReplyDelete
  2. amalan yang ditinggalkan.....
    meh bertukar juadah dengan saya kak lia..... balik kampunngggg

    ReplyDelete
  3. Hehe. As student, lepas kelas or exam, kitaorang beli juadah kat bazaar and then berbuka sama. Exchange juadah berbuka puasa :)

    ReplyDelete
  4. kalau kat kampung seronok bertukar juadah berbuka kan..kat bandar ni macam xnampak lansung

    ReplyDelete
  5. huhu, rindu ngan suasana ni. ni la satu-satunya yang melambangkan keindahan Islam, sampai bangsa lain pun cemburu lihat kemesraan sesama kita.
    dulu, tinggal kat Pangkalan TLDM, memang suasana bertukar juadah ni mekar sungguh kat sana.
    hihi, paling best, budak kecik la...
    mak suh hantar 10 biji karipap kat jiran sebelah, sampai kat umah jiran, dah tinggal 9 biji jer...ilang lak satu. haha...(bukan saya, k).
    dugaan tau, bila nak kena hantar juadah ni. bau nyer,,,menggugat iman. hihi.
    -blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. kat kejiranan saya masih diamalkan lagi.. cuma bezanya, juadah yg ditukar biasanya di beli.. yelah, dah baik jiran2kan.. beli lebih utk jiran.. jiran pun dah faham trend mcm tu dah hahaa.. tapi tiap2 ptg mmg tak missed bubur masjid.. semua rumah dapat free.. seronok.. :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.