#‎TazkirahRamadan ‬: Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga


Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab” Beliau membuat tugas keluarganya,iaitu membantu kerja keluarganya,maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang”.
Riwayat Al-Bukhari.

Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga


Kaum lelaki digalakkan membantu dalam kerja-kerja rumah tangga di samping tidak mengabaikan ibadat dan peranannya di dalam masyarakat.Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumahtangga) dan negara dengan baik dan sempurna.

Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sebaik2 contoh sdalah baginda Rasulullah saw.

    BalasPadam
  2. Peringatan buat saya juga.. saya sayang isteri saya. T kasih atas perkongsian ini Lya.. :) :)

    BalasPadam
  3. Tanggungjawabnya besar... Tak cukup sekadar bagi makan je..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.