Ramadhan Bakal Menjelang !!! Bersediakah Kita ?

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Ramadhan 2015 akan bermula pada sebelah petang Rabu,17 Jun 2015 dan Umat Islam di Malaysia dijangka akan dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini pada 18 Jun 2015.Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelang.Peluang bonus untuk menambah saham pahala di dunia dan juga akhirat,InsyaAllah.

Ramadhan 2015

Tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan 2015 ini masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan mengumumkan dan menetapkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti.Tarikh rasmi permulaan puasa bulan Ramadhan 2015 akan diberitahu kelak.

Alhamdulillah...kita masih lagi berpeluang untuk berjumpa Ramadhan tahun ini.Hopefully,Ramadhan untuk tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya...Semoga kita semua telah bersedia untuk bertemu Ramadhan kali ini,yang akan muncul beberapa hari lagi.

Ramadhan 2015

Kalau masa Lya kecik kecik  dulu la kan kan kan ..Ni la ''PAK CIK'' yang kita adik beradik duk tunggu untuk pengumuman puasa .. Ya ke tak esok puasa..?? Esok puasa ke tak ?? Selagi tak umum selagi tu la duk mengadap tv secara berjemaah..Alahai teringat masa kecik kecik dulu..

Jika seluruh umur adalah dosa maka taubatlah ubatnya,jika harta adalah racun maka zakatlah penawarnya dan jika seluruh bulan adalah noda maka ramadhanlah pemutihnya...Di kesempatan yang ada ini,Lya ingin memohon seribu kemaafan andai ada kelelanjuran kata dalam penulisan Lya sepanjang Lya berblogging...

Salam Ramadhan Al Mubarak dari Lya sekeluarga untuk semua sahabat Lya,juga pembaca pembaca Blog Akif Imtiyaz serta seluruh ummat islam di dunia.Sama sama kita penuhi Ramadhan dengan amal ibadat.Semoga Ramadhan tahun ini memberikan sinar perubahan pada diri dan jiwa kita semua dengan menambah keimanan dan ketakwaan dalam menjalani ibadah puasa...Aaamin..aamin.

Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan,bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Sekarang ni anak-anak dah tak begitu teruja tunggu pakcik tu buat announcement..
    #clickclicknufnang

    BalasPadam
  2. eh puasa rabu ke khamis ni hahahhahha

    BalasPadam
  3. selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini...semoga ramadhan tahun ini adalah yang lebih bermakna dari yang lepas2

    BalasPadam
  4. Semoga kita bertemu Ramadhan kali ini.. Dulu memang suka tunggu depan TV sebab nak dengar pengumumuman tu..hihi..Selamat berpuasa Kak Lya & family

    BalasPadam
  5. selamat menyambut bulan Ramadhan kak Lya dan sekeluarga :)

    kita pun tertunggu tunggu pengumuman tu. hehehehe

    BalasPadam
  6. Selamat menyambut Ramadan al mubarak.. semoga Ramadan tahun ini beroleh keberkatan yg lebih besar dari tahun2 sebelumnya... aamiin.

    BalasPadam
  7. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK , malam ni pi Tarawih yg pertama...semangat yuk !

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.