Pokok Herba Derhaka Mertua

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Sabtu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Pokok Herba Derhaka Mertua


Pokok Herba Derhaka Mertua.Pelik jer bunyinya dan mesti sahabat Lya tertanya tanya kenapa hari ini Lya berkongsi info mengenai pokok herba Derhaka Mertua.Ok,sebenarnya waktu Lya meng GOOGLE untuk mencari jenis jenis ubat herba untuk batuk dan bronkitis tetiba nama pokok herba Derhaka Mertua ni muncul dalam carian Lya.Aikk,tengok pada nama pelik benor bunyinya..Seram pon ada,Ya laa nama pokok herba yang Lya nak kupas ni ''DERHAKA MERTUA''.Seram i youuuuu !!! Bak kata kartunis Gayour '' ( Cis! Jangan sekali-kali kita derhaka pada kedua ibubapa kita apatah lagi pada mertua kita! Dosa besar! Kerana ada menantu yang derhaka pada mertua,kena sumpah jadi tumbuhan ni.Maka tumbuhan ni dinamakan Derhaka Mertua. Agaknye la.) '' .. Hahahaha yo la tuu..Sabar jer laaa bila dengar kartunis berbicara ...



Nama Tempatan: Derhaka Mertua 
Nama Saintifik: Plumbago Indica 
Nama Lain: Ceraka Kampung, Plumbago, Chitrakmool 
Famili: Plumbaginaceae 
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar 

Keterangan Mengenai Pokok Herba Derhaka Mertua 


Tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan yang tidak berapa dikenali ramai walaupun kegunaannya sebagai herba berubat telah diaplikasikan semenjak zaman berzaman.Ia merupakan tumbuhan herba bukan semusim. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur.Daunnya ringkas,berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing.Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat.Derhaka Mertua mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang.Bunganya mempunyai lima kelopak bunga dan dipegang oleh tangkai bunga yang panjang dan menegak.Ia selalunya tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung dari cahaya matahari yang terik.Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih.Akar Derhaka Mertua berwarna kekuningan.Bahan aktif yang terdapat dalam Derhaka Mertua ialah plumbagin dan glokosid sitostrerol. 

Kegunaan Pokok Herba Derhaka Mertua 


Bahagian Derhaka Mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya.Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit.Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan.Ia bersifat anti radang.Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan.Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk,bronkitis,angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid.Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar,dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid.Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil.Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati.

SUMBER : KHASIAT HERBA 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. menggerunkan namanya , selalunya ada cerita disebalik namanya..cuba selak daun tu?nampak tak..
    nampak tak ..

    hurmmm...

    BalasPadam
  2. Pokoknya macam orkid hutan lah kak

    BalasPadam
  3. boleh x sya dptkn daun tu?? sya dkt sabah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.