❤ #Cabaran20Hari - Pengalaman Sahur ❤

June 28, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

#Cabaran20Hari - Pengalaman Sahur 


#Cabaran20Hari
#Cabaran20Hari - Pengalaman Sahur Lya

Pengalaman Sahur Lya


#Cabaran20Hari untuk hari kedua adalah ~  Pengalaman Sahur ..Ok mula dengan zaman kanak kanak dulu la..Kalau masa zaman kanak kanak dulu Lya memang tak tahu la apa benda la SAHUR ni..Yang Lya tahu mak ayah kejut pagi pagi ajak makan..Dan ianya di panggil SAHUR.Tak berapa nak memahami sangat makna di sebalik perkataan yang bermula dengan huruf S dan berakhir dengan huruf R ini..''Sahur''.Mak,ayah kejutkan kita bangun pagi makan,pastu dah siap makan masuk tidur balik..Tu jer yang Lya tahu bab bab sahur.Al maklum la masa tu darjah satu tak berapa reti sangat lagi bab bab puasa dan sahur ni.Orang cakap kena puasa kena sahur maka kita ikut jer laaa..

Bila Lya dah dewasa..Ok Lya dah faham dan memahami erti sebenar sahur..Jadi suka untuk bangun dan bersahur.Pengalaman sahur yang tak dapat Lya lupakan..Sebenarnya banyak sangat pengalaman sahur kalau nak ikutkan tapi Lya bagi satu jer laa ya..Masa kecik dulu susah sangat nak bangun SAHUR,Jadik mak Lya akan bangunkan dengan cara ''BANGUN DAH NAK BERBUKA NI'' ..Hahahaha semua bangun cepat cepat sebab ingat dah BERBUKA..Padahal baru jer nak bersahur.Kadang kadang suka jugak bab bab bersahur ni.dalam duk makan tu sempat lagi la tertidur ..Tengah syiok makan mata terlelap,makan dalam tidur..Ya laa mengantuk punya pasal..Makan tetap makan,tidur tetap tidur..Alahai macam macam peel kalau ingat balik zaman kanak-kanak kan kan kan ...Kenangan mengusik jiwa yang tak pernah Lya lupa sampai bila bila...

Makna Sahur


Sahur di sebut Sehri,Sahari dan Suhoor,ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan Ramadhan. Ia dilakukan sebelum masuknya waktu Solat Subuh,lebih tepat lagi sebelum azan subuh mula berkumandang. Sahur ialah makan di waktu awal pagi (sebelum azan subuh).

Sahur itu adalah sunnah.Sekalipun ia tidak diwajibkan,namun amat-amat digalakkan.Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).


Alhamdulillah,#Cabaran20Hari kini masuk hari kedua..Masih lagi mampu menyiapkan satu entri dalam menyahut #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015.Anda nak sahut cabaran.Jom mulakan langkah sekarang !!!....

#Cabaran20Hari, #HariKedua #ExchangeFeedGroup #KelabBloggerBenAshaari #AkifImtiyazDotCom

Artikel Menarik yang Lain

5 sang pencerita

  1. waktu kecik-kecik banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan kan. Selamat berpuasa kak lya...

    ReplyDelete
  2. Zumal masa kecil dulu cukup susah nak sahur...

    ReplyDelete
  3. Seronok bersahur sebenarnya ni.dulu kecik kecik memang tak tahu ape..dah besar ni baru rasa betapa nikmatnya bersahur :)

    ReplyDelete
  4. Assalmualaikum wbt , / Salam Sejahtera. Saya jemput awak join Ga.. Maaf menganggu yee.. Good LUCK .. Salam Ramadhan :) & saya tag awak ..


    GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100 (9 Julai 2015)

    GA RAYA 2015 BLOG JAKET BIRU

    Raya Giveaway by Rafydahouse (5JULY)

    ReplyDelete
  5. khaty sampai hari ini alhamdulillah tetap bangun untuk bersahur

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..