#Cabaran20Hari - Apa Erti Puasa Pada Anda

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Sabtu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

#Cabaran20Hari - Apa Erti Puasa Pada Anda


#Cabaran20Hari - Apa Erti Puasa Pada Lya

Apa Erti Puasa 


#Cabaran20Hari untuk hari pertama adalah ~ APA ERTI PUASA PADA ANDA ... Dulu masa Lya kecik kecik dulu mak ayah memang dah semat kat kepala.. ''Puasa tu tak boleh makan tak boleh minum kena rajin solat tak boleh marah orang tak boleh buat jahat kat orang,tak boleh ''korek hidung'' aka masukkan sesuatu dalam hidung,tak boleh minum air paip kat sekolah nanti sakit perut kembung perut Allah nampak... Ha aaa tu la yang Lya ingat masa kecik kecik dulu mengenai ERTI PUASA ..Kalau dulu kan,takut sangat nak minum aip paip..Setiap kali mandi tengok air paip macam air sirap dah nampaknyer..Tapi bila terniat nak minum,teringat mak ayah cakap JANGAN MINUM NANTI KEMBUNG PERUT,ALLAH TAHU,ALLAH NAMPAK..Memang tak jadik la nak minum sebab takut kembung perut...Padahal hati ni memang nak sangat minum air paip tu hahahahaha..

Tapi bila dah besar panjang dan meningkat dewasa Lya dah boleh cari sendiri ERTI PUASA yang sebenar benarnya.Erti PUASA...Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan,minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta dengan niat".

Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi kita yang beragama Islam.Sebagai Umat Islam juga,kita dikehendaki menahan diri daripada menipu,mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia,serta bertengkar atau bergaduh.Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran,kejujuran serta bertolak ansur dalam diri.Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya.Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.Bila kita dah puasa ni kan..Kalau tak amalkan sifat yang baik rugi la ..Sebab bulan puasa ni adalah bulan untuk menambah pahala.Jadi di bulan yang penuh keberkatan ini,apakata kita sama sama menambah amal baik kita agar kita mendapat pahala yang berganda daripada Allah SWT..InsyaAllah..

Selamat berpuasa..Semoga puasa kita untuk tahun ini berjalan lancar dan sempurna menuju kemenangan..Mudah-mudahan semua amal ibadah kita diterima Allah sebagai amalan baik & mendapat balasan di akhirat kelak,InsyaAllah..Aaamin aaamin ..

Alhamdulillah,Lya berjaya untuk menyiapkan #Cabaran20Hari untuk hari pertama dengan tajuk Apa Erti Puasa Pada Anda.Bagi anda yang ingin turut serta memeriahkan #Cabaran20Hari anda boleh berbuat demikian mengikut tajuk yang telah disenaraikan...Boleh mula hari ini ya !!!

#Cabaran20Hari, #HariPertama #ExchangeFeedGroup #KelabBloggerBenAshaari #AkifImtiyazDotCom

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. tahniah kak lya..selamat berpuasa & menyahut cabaran..
    "jgn minum air paip nnt kembung perut"..hehe

    BalasPadam
  2. Nice entry ! Bulan Ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk kita muhasabah diri :)

    BalasPadam
  3. akif tak mintak bukak puasa?...ke takut kembung perut !! haha..budak sekarang lagi cerdik tapi dorang fikiran dah dewasa...kesan dari didikan mak ayah yg menitik beratkan ibadah puasa dan lain2nya.

    selamat berpuasa.

    BalasPadam
  4. Lama tak singgah blog Lya... Dulu pernah gak terfikir nak minum air paip sebab tak tahan puasa, tapi kalau ponteng puasa tak leh raya... Zumal fikir nak raya jer...

    BalasPadam
  5. selamat berpuasa kak lya... seronok kan akif puasa tu hehhehe

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.