❤ Review Nota Purba | Nota Purba..?? Apa Tu !!! ❤

May 14, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Anda mungkin sudah tahu apa itu EFG.Tapi sesetengah daripada anda ada lagi yang tak tahu apa itu EFG.EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat.Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui ,ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.

Bermula hari ini,setiap seorang ahli EFG akan direview.Untuk permulaan,insan pertama yang bertuah di review adalah seorang blogger lelaki yang menetap di Selangor.

Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka,pemilik blog yang misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.


Blog beliau " Nota Purba " pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak akan lupa untuk singgah.Sebab apa ?? Nak tahu sebabnya,anda sendiri perlu terjah ke blog Fr.Baca satu entri jer dah cukup untuk menjawab persoalan...Mengapa anda mesti singgah ke blog Nota Purba ?? .Fuhh memang kena terjah ni.Rugi la kalau tak terjah..

Blog yang jauh dari gosip-gosip liar Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri dalam kehidupan seharian.Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya,pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri.Ibarat MISTERI NUSANTARA gitu ...Misteri sangat ni.Sebab tu la kita kena terjah..Nak cari apa yang Misteri kat blog Nota Purba tu laaaa...Kalau takde yang Misteri,Lya tak jemput sahabat g terjah blog Fr..Hehehe jom kita terjah..Usah Biarkan Hidup Anda Di Selubungi Misteri ..

Fr,pemilik blog Nota Purba merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli.Walaupun EFG mempunyai ramai adik-beradik lain mak lain ayah,Fr sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG.Fr yang kuat mengusik,sentiasa ceria mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.Alhamdulillah dapat seorang sahabat maya seperti Fr.Kiranya Fr ni pangkat adik la ngan Lya.

Antara kata-kata kekuatan yang sentiasa disematkan oleh FR dalam hidup adalah "Move on!"...Ok kena Move on.Tak kira la apa berlaku di sekeliling kita..Apa yang penting kita Move on...

Fr seorang yang kelakar.Kelakar tahap Gaban..Macam macambenda dia boleh buat kelakar..Dari sekecik kecik benda hinggala ke sebesar besar benda..Pasti semua terhibur bila ada Fr.EFG telah menemuramah Fr secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini dapat boleh memberi clue siapakah Fr sebenarnya.Hehehehe...

What is chemistry in academic words (not less than 200 words) 

"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan,timbul buih-buih cinta,dan common sense mula keluar dari kepala,kat situ kimia jahat memainkan peranan.Ulang 50 kali utk cukupkan 200words.", Fr....

Boleh bayangkan camne personaliti dan sifat Fr dengan jawpan yang telah diberikan...Untuk mengenali jejaka tampan bernama Fr atau Fendi Rocka ini sahabat Lya boleh berkunjung ke Blog Nota Purba ...Kat sana nanti sahabat akan lebih menegnali Siapakah dia Fr melalui penulisannya ..
Apa lagi jom la kita sama sama terjah ke NOTA PURBA !!!..Purba la sangat ..Hehehee..

Ok dah habis ..Cam kejap jer rasa REVIEW pasal Fr ni..Nak sambung lagi sebenarnya..Tapi kan kalau Lya citer semua sekali,Sahabat Lya tak terjah pulak.Jadi Lya citer secubit garam secubit gula jer..Nak tahu lebih sampai segantang garam kena laaa USHA BLOG NOTA PURBA !!!!



Artikel Menarik yang Lain

20 sang pencerita

  1. Semoga blog Fr maju dan sentiasa dipenuhi dengan entry2 yang bagus... Fr awesome...

    ReplyDelete
  2. hanya berkisah tentang dunianya sendiri. x jemu baca entry FR

    ReplyDelete
  3. Kegelapan BLOG FR mencerminkan kepurbaan nota yang ditulisnya.., Namun, kepurbaan notanya membawa 1001 nilai yang berharga..

    ReplyDelete
  4. FR jiwanya lebih kepada seorang yang sangat berseni

    ReplyDelete
  5. Seorang FR yang misteri :D #EFG Awesome

    ReplyDelete
  6. penulisannya yang penuh kreativiti. Tak jemu baca...

    ReplyDelete
  7. "sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari."

    muntah darah

    ReplyDelete
  8. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...

    typo detected kak lya.. lol!

    ReplyDelete
  9. jangan biarkan kemisterian anda diselubungi... purba

    ReplyDelete
  10. penulisan yang tak jemu dibaca :)

    ReplyDelete
  11. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    ReplyDelete
  12. jom kita berkenalan dengan nota purba pulak :)

    ReplyDelete
  13. Segala persoalan akan terjawab di nota purba

    ReplyDelete
  14. FR disana sini semalam... :)

    ReplyDelete
  15. Menarik ni.. thanks sharing Lya.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..