Kuih Cik Mek Molek | Kuih Cek Mek Molek atau lebih dikenali sebagai Cek Mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek rebus yang dilenyek dan diadun dengan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Kuih Cek Mek Molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek. Sangat sesuai dimakan pada waktu pagi dan juga petang.
Resipi Kuih Cek Mek Molek
Bahan Bahannya :
- Ubi Keledek
- Tepung Gandum
- Gula
Ubi keledek direbus bersama air dan juga sedikit garam sehingga empuk.Setelah empuk angkat dan toskan air.
Buang kulit ubi keledek
Setelah itu tumbuk ubi keledek yang telah dibuang kulit menggunakan lesung batu.Kalau tak nak tumbuk pon takpe boleh juga di lenyek menggunakan garfu.Lenyek hingga lumat.
Masukkan tepung gandum sesuai dengan isi ubi keledek.jangan terlalu banyak takut nanti adunan menjadi terlalu keras.
Kacau dan uli adunan sehingga menjadi doh.Ok adunan kita dahpun siap.Kat atas ni doh ya puan puan bukan bebola api tau...
Bulatkan doh menjadi bebola kecil dan leperkan.Proses seterusnya masukkan sedikit gula di tengah tengah adunan dan bentukkan menjadi bentuk bujur.
Bentukkan biar jadi macam ni.Bujur ..walaupun ada juga yang tak berapa nak bujur sangat.
Setelah selesai proses membentuk,boleh lah digoreng menggunakan minyak yang panas.Bila dah nampak kekuningan boleh lah di angkat.
Ok inilah bentuk Kuih Cek Molek yang berjaya Lya siapkan.Sangat sedap dan lazat.Lembut gebu gitu.Al maklum la semua adunan cukup.
PERINGATAN :- Jangan makan semasa panas kerana air gula kat dalam Kuih Cek Molek ni boleh mencederakan bibir anda jika makan semasa panas.
25 Ulasan
Sedapnya , rasanya macam pernah makan kuih ni dulu..
BalasPadamperghhh gebus gebus betul kak lay punya cek mek molek.. mmg molek.. tp mmg kena pakai lesung batu eh?
BalasPadambestnya kuih cik mek molek . .
BalasPadamNak try buatla, da byk stok ubi kat umah
BalasPadamOooo...senang je....tp kan SA ada tgok org buat cek mek molek tp kan....dlm nyer ada kelapa yg mcm org buat sumbat ikan cencaru tu...aoa SA ckp ni....alaaaaa mcm cucur badak tu....tp bentuk mcm cek mek molek
BalasPadammacam menarik jer nak mencuba ni...he he he...nanti try...
BalasPadamsdapnya..:)
BalasPadamsedapnya
BalasPadamSally pun selalu buat kalau tak jumpa kat kedai..hahaha...sbb ni jela yg paling senang :P
BalasPadamAduhai sedapnya...:)
BalasPadamelok je bujurnya tu kak lya...
BalasPadambalik ni nak cari ubi kayu kat pasar tani lah... :)
dah agak lama tak buat cek mek molek ni...
BalasPadamcomel lote cek mek molek puan Lya :)
BalasPadamSedapnya kalau buat minum petang, tambah pulak kopi o. Memang mantap
BalasPadamNama kuih ni cek mek molek rupanya...Ahha.. Along ske makan kuih ni..cumanya tak tahu nama..dekat nilai ni.. ada satu kedai yang along selalu beli kuih ni... :)
BalasPadamtak pernah makan lagi kuih cek mek molek ni..
BalasPadamtengok aje dah rasa terliur kita ni.. inshaAllah akan dicuba.. huhu
BalasPadamsalam singgah!
oooo ni laa kuih cek mek molek...hehe pernah dengar xpenh pulak makan...
BalasPadamsenang je rupenya cara nak buat kuih ni...2 hari lepas baru cuba makan..sedap lah..kalau ada masa nak cuba buat sendiri pulak...resepi mcm keria aje kan,,,
BalasPadamBuat breakfast sedap ni... menyelerakan... :)
BalasPadamwahh, menarik.. sedapnyaa
BalasPadamaduhai...
BalasPadamLama tak makan Cek Mek Molek...
BalasPadamPuas hati dpt buat kuih sndri..
BalasPadammesti manis ni ! hehe
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.