♥ Smart Aulad Circle - Kelab NAZIM ♥

February 14, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Sabtu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

Kelab Nazim


 Program berkala ‘Smart Aulad Circle’ (SAC) anjuran Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bakal menjadi salah satu saluran penyediaan batu asas yang kukuh untuk membina generasi harapan umat Islam khususnya di Malaysia.Alhamdulillah syukur,anak anak Lya dapat juga menimba ilmu dengan menyertai Kelab NAZIM ini.

Smart Aulad Circle - SAC bertujuan untuk menyediakan anak-anak berusia di antara 7 tahun hingga 12 tahun supaya sejak awal lagi sudah biasa dengan program berilmiah yang akan menjadi bekal pembentukan generasi harapan keluarga dan masyarakat.Itu kata kata daripada Doktor Nur Adibah Mohd Kusni merangkap Pengerusi Kelab NAZIM Kemaman.

Menurut Doktor Nur Adibah, selain mengisi waktu senggang hujung minggu anak-anak,SAC juga memberikan pendedahan ilmu berkaitan agama seperti Al-Quran,akhlak,kisah sejarah dan juga pengenalan bahasa Arab.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan Kelab NAZIM sentiasa menerima penyertaan baru setiap kali SAC diadakan atas testimoni dan promosi yang diberikan oleh ibu bapa dan peserta Kelab NAZIM.

Doktor Nur Adibah mengulas,kebanyakan kaedah penyampaian kepada anak-anak semasa SAC ini adalah dalam bentuk teori dan akan diterjemahkan dalam bentuk praktikal apabila mereka mereka menyertai program ‘Smart Aulad Play’ berkesinambungan daripada modul SAC itu sendirI.

Yuran keahlian untuk menyertai Kelab NAZIM adalah amat berpatutan dan individu yang berminat boleh menghubungi hotline 018-955 1500 untuk program Kelab NAZIM di Kemaman atau layari http://ikeluarga.net untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Kelab NAZIM.

Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. Aktiviti mcm nie bgus dan budak2 xstress sgt

    ReplyDelete
  2. Mmg satu program yg bagus & bermanfaat.. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Saya pasti ada manfaat yang boleh diperolehi melalui program seperti ini. InsyaAllah

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.