❤ Menara Taming Sari ❤

January 07, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Menara Taming Sari


Ok ini pulak cerita kami di Menara Taming Sari..Lya citer sikit la mengenai Menara Taming Sari untuk sahabat2 Lya.Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir,Melaka (bersebelahan dengan Dataran Pahlawan).Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia.Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta.Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008.Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Menara Taming Sari mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang.Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh satu jam.Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Kami di Sini - Menara Taming Sari 

Harga tiket tertera pada cermin kaunter tiket..RM20 untuk dewasa,RM10 untuk kanak kanak dan RM17 untuk Warga Tua.

Masa beli tiket dapat jugak cenderahati dari pihak pengurusan Menara Taming Sari berupa air kotak lima kotak dan sepuluh poskad Menara Taming Sari.Anak2 sempat bergambar bersebelahan replika Menara Taming Sari.

Sebelum menaiki Menara Taming Sari kami kena beratur la dulu..Mak aii oleh kerana cuti sekolah memang ramai betul orang duk beratur nak menaiki Menara Taming Sari.Al maklum la kami pergi masa cuti sekolah..Naik jemu jugak la duk beratur menunggu..Pusingan ketiga selepas sekian lama beratur barula tiba giliran kami.Apalagi seronok la anak2.

Mula2 duduk kat kerusi dalam menara ni,memang teruja.Snap gambar keterujaan dulu laaa.Seronok la tuuu..Ok kita tengok sekeliling dulu sebelum menara ni berputar..

Pemandangan dari atas Menara Taming Sari.Tinggi tuuuu.Takut la jugak bila pandang kat bawah tu.Tetiba pulak jadi gayat kejap bila pandang bawah..

Kakak Insyirah memang tak takut tinggi dan tak gayat..Boleh jer bergambar kat mana2.Kira Ok la tu tak gayat dengan ketinggian.Sepanjang masa posing jer kerjanya..Hehehe ganti Akif la pulak.

Taraa muka dia berdiri tak de la dalam Menara Taming Sari.Dia duduk jer sepanjang berada kat dalam tu.Ni dia budak gayat.Aikk tetiba pulak dia jadi takut dengan ketinggian.Bila tanya dia diam jer.Tak de la nak suka2 sangat.Diam jer dia.Bila tengok memek muka dia tu sah2 nampak dia takut dan gayat bila Menara tu berputar makin tinggi.Siap pejam mata siap tutup muka lagi tu..

Last2 nak turun baru la Akif berani bangun.Tersengeh2 kat tepi tu..Kalau tak jangan harap la dia bangun.Duduk kat situ jer diam2.Nasib jugak la dia tak muntah.Biasa kalau tahap teruk dia boleh muntah..

Inilah cerita kami menaiki Menara Taming Sari.Cerita bercuti di Melaka berakhir di sini.Jumpa lagi untuk Cuti Sekolah akan datang.. !!! Ok dah habisssssssss ..

Sambung sikit lagi..Kat Melaka tak sempat jalan2 beli barang sangat.Sebab kami sibuk jalan2 kat tempat menarik di Melaka.Jadi hanya ni jer la yang sempat kami beli sebelum balik semual ke Pahang.Baju T-Shirt untuk suami dan anak2.FM dan jugak rantai kunci Melaka.FM memang wajib beli kalau pergi mana2.Tak lupa jugak payung sepanjang berada kat Melaka kami beli kat sana.Ada lagi sebenarnya tapi dah bawak balik kampung baru2 ni untuk bagi kat anak2 sedara ipar duai dan juga tok wan kat kampung.

TAMAT !!! ❤

Artikel Menarik yang Lain

33 sang pencerita

  1. punya lah lama saya x gi melaka . ada menara taming sari rupanya ... adeh . dah tertinggal keretapi ni ...

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah pon pegi..banyak juga dapat air kotak ek sampai 5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe air kotak tu untuk satu bagi setiap tiket ..Lya beli lima tiket kadi dapat lima la ..Nanti jang lupa pergi tau..

      Delete
  3. syoknya,,bestnya adik2 dpt bcuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dari Allah dapat bawak anak2 pergi bercuti..

      Delete
  4. da upgrade servis dorang sekarang erk... dapat gifts lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la aritu pergi mana ada dapat gifts semua..kali ni boleh gifts la pulak ..

      Delete
  5. dah lama xp melaka... zaman kecik2 dulu ja p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni kena plan g sana ZF ..

      Delete
    2. tu la..dok plan brapa kali..x mnjadi ja sbb kewangan xckup...

      Delete
  6. Memang lokasi wajib singgah kalau ke Bandar Melaka. Not bad la.....relax je dpt hayati permandangan satu bandar....

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Sama la kita..Melaka best byk tempat menarik..

      Delete
  8. seronoknyaa dapat naik menara taming sari. boleh tengok bandar melaka :D

    ReplyDelete
  9. Murah juga ya fee dia. Family saya dah sampai sini. Saya seorang je yang belum dapat menjejakkan kaki dekat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah nnt blh la pegi ..Farah bila blk Kanada ...

      Delete
  10. tahun lepas rajin gak turun melaka. tapi hahaha, xsempat nak jenjalan kemana-mana. sedihnyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau turun lg nnt jgn lupa ke sini ..

      Delete
  11. As'salamualaikum akif dan family..apa khabar..wah naik menara ya..terbaik..semua pemandangan nampak..kenangan percutian last time kan akif...tahnia ya

    ReplyDelete
  12. geram tgk lesung pipt Akif tu ..cubit2 kang...

    ReplyDelete
  13. Pernah sekali merasa naik menara TS ni. Kalau ke bandar Melaka, wajib naik ni!

    ReplyDelete
  14. Ari tu x smpt Lya nak naik menara ni.ermm rasa nak pergi ke cna lgi

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya.. ada sekali di sana tapi tak berpeluang naik sbb terlalu ramai org masa tu. Terlalu panas nak menunggu beratur panjang.. seronoklah.. :)

    ReplyDelete
  16. pernah naik in . syokkk , boleh tengok bandar melaka :)

    ReplyDelete
  17. Kira saya dah naik jugaklah ni..
    Tumpang naik guna blog :)

    ReplyDelete
  18. bukan lantai nye see thru ke kak ? gayat eh hehehe mencabar ni =P bila laaa nak naik..

    ReplyDelete
  19. tinggiii nye.. brani ke nak naik.. ehheheee.. ape pon memang best..

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..