❤ Jalan Jalan Cuti Sekolah - Melaka Bandaraya Bersejarah ❤

January 07, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH


Cerita sambungan KAMI DI MELAKA..Alhamdulillah sempat jugak bawak anak2 bercuti kat Melaka.Oleh kerana cuaca kat Melaka masa kami pergi tu..hujan macam musim tengkujuh..tak banyak tempat yang kami pergi..Pergi boleh tapi nak bergambar tu tak boleh la sebab hujan kadang2 berangin nak berpayung pon susah.Jadi kami sempat snap gambar kat tempat2 tertentu jer laaa..Ni gambar2 sekitar hari kedua kami kat Melaka.Hari pertama kat sana,penat campur pulak ngan hujan lebat kami bantai tidur jer laaa...Hujan2 best tidoTdoo Melaka la pulak.

Macam biasa la sebelum mulakan aktiviti wajib sarapan dulu..Kami bersarapan kat Food Court Dataran Pahlawan Megamall.tempat ni baru lagi di buka.Sangat kemas dan bersih Yang buat anak2 suka warna bangunan kat Food Court ni sangat ceria ..Warna ungu gituuu..Makanan pon sedap dan menepati selera anak2.Pagi hari Akif dah order nasi ayam.Adoii tak penah2 makan nasi ayam waktu pagi tup2 kat Melaka makan nasi ayam ..

KOTA A FAMOSA

Hari kedua,kami punya aktiviti memang padat.Pagi2 lagi dah ke KOTA A FAMOSA.Nama jer pagi tapi bila kami kat sana penuh dengan orang ramai.Tak nampak macam pagi bila ruang yang ada dipenuhi pelancong.Dekat sini banyak betul beca yang comel2.Beca berhias tu laaa.Anak2 nak cuba jugak naik beca jadi abah sewakan dua beca untuk bawak kami jalan2 sekitar Kota A Famosa.Harga yang dikenakan untuk perjalanan selama satu jam adalah RM40.Kenapa dua beca??? Hehehe kalau sewa satu jer alamaknya tak bergerak la beca tu kot bawak kami anak beranak.Camno nak duduk kat dalam tu kalau satu jer..Jadi kena la sewa dua buah beca.

Anak anak macam biasa la seronok sangat dapat nai beca..Al maklum la kat Pahang mana ada beca macam ni,Kalau ada pon diaorang tak pernah naik kecuali Kakak Insyirah,masa kecik dulu bawak Kakak Insyirah pergi Melaka dan dia pernah la jugak naik beca keliling Kota A Famosa.Paling best beca diaorang ni berhias dengan macam2..Kita pilih jer nak yang mana.Oleh kerana Hello Kitty ni nampak cam cantik cam comel jer maka Kakak Insyirah pon dah berkenan sangat,kami pilih yang ni jer.Satu lagi beca duk kat depan tak sempat nak bergambar..yang satulagi simple dimple jer..Maklum la Umi abah jer yang naik tak yah beria nak kartun2 bagai hahahaha...Sebelum tu snap gambar dulu..
Siap pusing2 dengan beca kami bergambar sekitar Kota A Famosa.Macam2 posing la dari anak2..Umi ngan abah pon tumpang posing jugak.Al maklum la bukan selalu datang Melaka.Sebenarnya masa ni hujan lagi ni,tapi kitaorang redah jugak la bergambar alang2 dah sampai sini.

Tiga beradik ni memang excited dan teruja bila singgah sini.Kota A Famosa ..Walaupon diaorang ni belum tahu selok belok sejarah tapi bila terang sikit2 Ok la tak faham pon buat2 faham jer laaa..Angguk2 geleng2..


Oleh kerana kami tak sempat nak menaiki Melaka River Cruise Boats jadi kami tumpang tengok jer la..Sempat jugak la snap gambar sekeping dua berlatar belakang Sungai Melaka..Tu tu tu kat belakang ada Melaka River Cruise Boats.Masa ni hujan makin lebat jadi kalau naik bot pon memang terkena tempias hujan.Jadi kami tak naik.Sekadar tengok jer laaa.Lagipon masa pergi sebelum ni dah pernah naik benda ni hehehe...Masa tu kami naik malam lagi best dapat tengok lampu2..

JONGKER WALK, MELAKA


Penat sangat jalan2 dalam hujan..Masa ni kat Jongker Walk..Dah tak nak jalan dah sebab kaki sakit.Si kecik siap tanggalkan kasut sambil lepak2 depan kedai barang antik.Abah jer banyak jalan2 kat sini tengok barang antik.Anak2 ngan Umi ambil peluang tengok gelagat orang.Heran bin ajaib la sebab tak tahu apa benda yang diaorang cari sentiasa penuh dengan orang ramai ke sana ke mari.

DATARAN PAHLAWAN, MELAKA


Penat jalan2 kami singgah kat Dataran Pahlawan Melaka Megamall.Jalan2 kat sini la pulak..Penat sudah main lari2 dalam hujan..Tenangkan diri kejap sebelum sambung jalan2 lagi..Ok cukup sini dulu ..Cerita di Melaka bersambung lagi..Kami menaiki Menara Taming Sari ..Nak tahu cerita selanjutnya..TUNGGU !!!!!

Artikel Menarik yang Lain

15 sang pencerita

  1. Lya baru sekali pergi ke cne..tu pun x puas round

    ReplyDelete
  2. wahh syioknya jalan-jalan..lama tak ke melaka

    ReplyDelete
  3. mmg banyak tempat boleh di lawat di melaka ni

    ReplyDelete
  4. wah bercuti rupanya.. best juga ke melaka.
    cuma belum sampai ke klebang coconut shake. yang dikatakan sentiasa ramai orang.

    River cruise best tapi air agak berbau

    ReplyDelete
  5. beca kat melaka mmg colorful . ada yg pasang muzik lagi ...

    ReplyDelete
  6. seronok yer jenjalan. dah lama x naik beca. kuikui

    ReplyDelete
  7. Memang Melaka lokasi yang menarik untuk jalan2... sampai boleh lenguh kaki dibuatnya...
    Suka sungguh mereka semua! Senyum ceria sentiasa!

    ReplyDelete
  8. Melaka mmg best.. biar penat berjln asalkan berbaloi kan... seronok.. ceria je semuanya.. :) :)

    ReplyDelete
  9. tingin nak naik taming sari.. tak ada kesempatan lagi..

    ReplyDelete
  10. Tudung Insyirah dah nak match ngan wall kedai :)

    ReplyDelete
  11. RM40 tu untuk 1 atau 2 beca, kak?
    Beca kat Melaka mmg cantik-cantik tapi kami x pernah naik pun:)
    Anak-anak ade cakap nak naik juga.
    Bolehlah lepas ni..
    Insyaallah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..