Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima Kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
SUMBER : Portal Rasmi Kementeriaan Pendidikan Malaysia
16 Ulasan
Alhamdulillah...
BalasPadamalhamdulillah..semoga air bah cepat surut
BalasPadamMesti banyak sekolah yang rosak teruk... Moga persiapan untuk musim persekolahan baru berjalan lancar.
BalasPadamZumal tag Lya kat sini tau http://jindrisska.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-germany-czech.html
BalasPadamBaguslah... sekurang2nya ada tempoh bertenang dlm kesibukan urusan diawal tahun baharu ni.. alhamdulillah..
BalasPadamNampaknya tersenyum riang la sebahagian pelajar kerana ada cuti tambahan..:)
BalasPadamya ramai happy berita ini, tetapi kita dalam masa sama kita ingat dan terus doakan agar mangsa banjir tabah hadapi kerosakan yang teruk...
BalasPadammelihat kerosakan selepas beransur surut di blog Zamani..Etuza amat sedih dan simpati..ada rumah hilang ..kereta bergelimoangan..moga mereka sabar
BalasPadamalhamdulillah...
BalasPadamAnak2 pasti melompat gembira mendengar pengumuman ini! Kalau aku budak pun...pasti suka! haha!
BalasPadamalhamdulillah :) tq atas info nya kak lya :)
BalasPadamAlhamdulillah..moga ianya dapat memberi ruang kepada masa banjir untuk menyediakan persiapan persekolahan anak anak
BalasPadambudak2 suka la ni
BalasPadamOK la kan..kesian kat mereka yg kna bncana bnjir
BalasPadambgus mcm nie.. skolah2 yg rosak dpt dibetulkan semula..
BalasPadamNoted..
BalasPadamBarang sekolah abe pun xsiapkan lagi. Hehe..
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.