❤ Kutip Kulit Remis - Bukan Remis Tapi Kulit Jer !!! ❤

December 09, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Kalau pergi pantai jer mesti ada benda yang Akif nak buat.Kalau tak main air dia akan cari jugak benda lain kat kawasan pantai untuk buat aktiviti.Kebetulan masa singgah kat Pantai Kijal baru2 ni banyak betul kulit remis kat tepi pantai.Apalagi dia kutip banyak2 nak buat balik kat rumah katanya.Alahai takde benda lain ke nak kutip,nak oiii..kulit remis jugak yang dikutipnya.Ntah apa la yang dia nak buat dengan kulit remis tu Lya pon tak tau.Tapi memang syiokkk betul tengok dia berlari2 duk cari kulit remis.Kulit jer pon,kalau la ada yang berisi best la jugak kutip,boleh la buat lauk makan nasi.Ni kulit jer huhuhuhuhu...

Sahabat Lya tahu tak apa benda remis tu ??

Remis merupakan sejenis moluska bercangkerang yang tinggal di kawasan pantai berpasir.Remis akan naik ke tepian pantai secara bermusim dan ianya boleh dimakan.Remis mempunyai pelbagai corak yang unik dan berjalur.Ada juga yang tidak mempunyai corak.Ianya mempunyai warna tertentu seperti hitam,
putih,kuning,kelabu dan juga coklat.Cara mencari remis agak unik dimana anda hanya perlu mengorek pasir sedalam kira-kira 2-3 inci bagi mencari spesis siput tersebut kerana remis hanya terdapat dalam pasir laut kira-kira satu meter dari gigi air laut.Nak cari remis ni memerlkukan kesabaran kerana bukan semua tempat di kawasan pesisir pantai menjadi habitat remis.

Ni ler rupa sebenar remis... ( Gambar Mr Google 

Banyak jugak kulit remis yang Akif dapat ..Nak jual ke tu??

Tak tau nak letak kat mana,letak jer la dalam tapak tangan ..

Heheehe syiokk betul dia tak sedar dah Umi snap gambar ..

Artikel Menarik yang Lain

17 Sahabat Setia

  1. http://madey09.blogspot.com/2014/12/blogger-malaysia-review-by-etuza-siri-4.html Asalam Lya-Akif juga..rajin akif petang ni ya..buat apa akif..nanti bagi uncle tengok hasil ciftaan akif dari kulit kerang tu ya...)

    ReplyDelete
  2. Kalau ada bakat dan kemahiran, boleh dijadikan kraftangan ni..

    ReplyDelete
  3. hihihi mesti seronok berlari lari ditepian pantai,,, kulit remis pom remissss lah akif oiii hihi

    ReplyDelete
  4. dulu kekecik suka cari kat Pantai Kuala Sg Baru..seronok...balik rebus...perghhh...rindu plak saat tu..

    ReplyDelete
  5. sama macam anak saya..pi panmtai habis semua jenis kulit dia kumpul.kulit kerang yang orang bakar buang2 tepi pantai tu pun dia kutip..heheh

    ReplyDelete
  6. dulu2 pun suka pergi pantai main kutip2 kulit kerang lah . skarang dah besar tak buat dah. hahaha :)

    ReplyDelete
  7. Boleh buat barang perhiasaan kulit remis tu kak lya.

    ReplyDelete
  8. Wahh banyak koleksi tu... boleh letak dlm botol atau balang buat hiasan kreatif kat bilik.. :)

    ReplyDelete
  9. Za panggil lala..heheh..dulu rajin jugak kumpul kulit dia..

    ReplyDelete
  10. lagi best kalau dapat kutip yang hidup boleh buat lauk..yang kering macam ni buat craft pun cantik kak ..rajin betul akif mengutip semua tu ye

    ReplyDelete
  11. Akif nak buatpe dengan kulit remis tu?
    Habislah nanti mak dia nak masakkan kenelah makan:)

    ReplyDelete
  12. biasa cari ketam je tepi pantai , tu pon kalau ada :) huhuu

    ReplyDelete
  13. Mcm kerang kan, blh buat hiasan tu

    ReplyDelete
  14. boleh buat hiasan nie.. jadi pokok bunga..hihi

    ReplyDelete
  15. Rajinnya akif kutip kulit remis :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.