❤ Hulurkan Tangan Ringankan Beban Untuk Puan Yasmin Sekeluarga ❤

November 23, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Hidup Dengan Keadaan Rumah Yang Hampir Roboh


Puan Yasmin adalah keluarga yang terpilih untuk program " Di Sebalik Pintu 2 " anjuran Muslim Volunteer Malaysia - MVM untuk kali ini ..Lya nak minta sahabat Lya di luar sana cuba luangkan sedikit masa kita untuk cuba membayangkan,bagaimana perasaan seorang ibu & ayah membesarkan 5 orang anak dengan keadaan yang serba kekurangan.

Beberapa hari yang lepas,En Muhammad selaku penaung MVM dan juga team Muslim Volunteer Malaysia - MVM telah turun melihat kawasan rumah keluarga yang miskin di area Ampangan,Negeri Sembilan.Dalam survey yang dilakukan,En Muhammad & pasukan MVM telah bertemu dengan satu keluarga yang tinggal di sebuah rumah sewa yang sangat usang.

Sahabat Lya boleh melihat sendiri keadaan rumah beliau di http://bit.ly/keluargapuanyasmin 

Berikut sedikit ringkasan ringkas mengenai keluarga ini,

Puan Yasmin membesarkan 5 anaknya yang masih bersekolah,dengan keadaan dirinya yang mengalami masalah jantung berlubang dan pendapatan keluarga ini hanya bergantung pada perniagaan suaminya menjual ayam penyet di kawasan pasar malam. 

Keadaan rumah sewa Puan Yasmin yang sudah usang dan di makan anai-anai setiap hari,sehinggakan keadaan rumah sewa di sebelah rumah Puan Yasmin sudah habis musnah.Manakal di setiap atap rumah beliau,penuh dengan lubang.Bila di tanya,Bila hujan macam mana keadaan mak cik dan anak-anak ? Bila hujan kami terpaksa berteduh juga di dalam rumah ini,dan setiap kali bila hujan, akan ada atap rumah yang akan tercabut kerana angin.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, dan bagi anda yang ingin membantu memberi sumbangan untuk keluarga Puan Yasmin, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di : http://bit.ly/keluargapuanyasmin 

KEMPEN TAJA PROGRAM 'DI SEBALIK PINTU 2' untuk NOVEMBER 2014

Ada 2 kempen yang dilancarkan,bagi membantu keluarga ini.

Kempen Pembangunan Keluarga Puan Yasmin

- Tajaan RM50 diperlukan
- Sasaran = RM 7,000

Kempen Shopping 5 Anak-Anak Puan Yasmin & Keluarga

- Tajaan RM30 diperlukan
- Sasaran = RM 3,000

- Nama : Muhammad Bin Jantan (ACC Admin MVM)
- Akaun : Maybank
- No.Akaun : 164276 658 616
- Email : muslimvolunteermalaysia@gmail.com

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit,anda boleh bantu dengan "share" info ini,semoga ramai insan yang baik hati dapat membantu keluarga Puan Yasmin.

Untuk tidak terlepas maklumat program,anda boleh layari Facebook Muslim Volunteer Malaysia - MVM dan jangan lupa untuk Follow MVM di instagram @muslimvolunteermalaysia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai program yang dianjurkan .

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi ) 

Bersama Kita Hulurkan Tangan Ringankan Beban !!!..

Artikel Menarik yang Lain

13 Sahabat Setia

  1. terima kasih atas perkongsian sis..
    InshaAllah sama2 kita berusaha membantu golongn yg memerlukan..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian kak lya. semoga keluarga ini mendapat bantuan.

    ReplyDelete
  3. tq for sharing... Insyallah sama2 membantu :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak lya atas perkongsian ini. in sha allah kita sama sama membantu :)

    ReplyDelete
  5. Asalam Lya..sedih membaca, semoga keluarga ini terus tabahkan hati mereka. InshaAllah..semoga niat MVM dimudahkan.

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah.. t kasih atas perkongsian info ini Lya. Semoga Allah memberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  7. Hulurkan bntuan ringankan beban...

    ReplyDelete
  8. Update terkini :
    Alhamdulilah dana telah mencukupi
    Terima kasih kepada yang sudi membantu
    Jasa anda tak dapat dibalas dengan wang ringgit ...

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian kak lya

    ReplyDelete
  10. Ampangan ni nearby kawasan klinik saya.
    Tapi, x pasti pula rumah ni di mana sebab banyak sangat kawasan perumahan kat situ.

    ReplyDelete
  11. Sedih bila tgk nasib mereka, dekat cne pun msh ada kluarga yg trbiar.moga pihak brwajib dpt mmbntu

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.