❤ How to Wear Plus Size Dresses ❤

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Setiap wanita di dunia ini pastinya ingin kelihatan menarik dan berketrampilan pada setiap.Tidak kira di mana jua berada,wanita pastinya tidak mahu dilihat selekeh pada kacamata orang di luar sana.Mungkin bagi wanita yang dikurniakan tubuh badan yang langsing persis seorang model,soal berpakaian bukanlah masalah yang besar.Pakai apa sahaja, pasti terletak cantik dan menarik.Berbeza untuk wanita yang bertubuh gempal atau ‘plus size’.Oleh yang demikian, entri pada kali ini Lya akan menyentuh mengenai cara-cara untuk memakai plus saiz dresses.



1. Black Dress
Fesyen pertama yang ingin Lya ketengahkan adalah Black Dress.Fashion experts di seluruh dunia bersepakat bahawa dress hitam atau black dress merupakan penyelamat bagi wanita yang bertubuh gempal. Ini kerana,pakaian berwarna gelap seperti hitam mampu memberikan ilusi bentuk badan yang lebih langsing kepada si pemakai.Warna-warna gelap seperti hitam akan dapat membantu kamu dalam menyamarkan bentuk badan kamu yang berisi.Kenakan atasan dan bawahan berwarna sama.Hindari pakaian berwarna terang dan berkilat,kerana akan memfokuskan perhatian orang terhadap tubuh badan anda.Ingat tu !!!


2. V – Neck Dress
Jenis dress yang kedua pula adalah v – neck dress atau dress berleher V yang memberikan focus kepada bahagian leher si pemakai. V-Neck dress dapat membuat leher kamu terlihat lebih jenjang dan akan membuat tubuh kamu terlihat lebih ramping.Oleh yang demikian,bahagian tubuh yang lain tidak begitu difokuskan.


3. Bandage Dress
Seterusnya adalah bandage dress dimana dress jenis ini mempunyai rekaan berlapis-lapis yang boleh menyembunyikan bahagian-bahagian tubuh badan kamu yang berlemak!!!




4. Right Lingerie
Terakhir sekali yang perlu anda ketahui adalah pemilihan pakaian dalam.Pemilihan pakaian dalam yang perlu anda pilih adalah jenis pakaian dalam yang tepat.Pemakaian pakaian dalam yang tepat dan mempunyai potongan yang sesuai dengan tubuh badan anda membolehkan anda kelihatan lebih berkeyakinan.

Okey ...Ini saja untuk kali ini ......Jumpa lagi sahabat ..
Happy Blogging ❤❤

Catat Ulasan

14 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.