BRIM 2015:Permohonan Online BRIM 4.0 Tahun 2015 Akan Di Buka Pada 1 Disember-31 Disember 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Pagi Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...



Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka pada 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014.Kegagalan membuat permohonan semula/kemas kini menyebabkan permohonan tidak di proses.

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi,tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat,maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baru,pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.

Kadar Bayaran BRIM 4.0 Tahun 2015

1. Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
- Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

2. Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
- Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

3. Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
- Kadar BRIM 4.0 dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.

Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Tahun 2015

-Warganegara Malaysia
- Berumur 21 Tahun Keatas
- Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
- Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
- Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah

Skim Khairat Kematian RM1,000

Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Borang Permohonan Secara Online BR1M 4.0
( Akan Di Buka Bermula 1 Disember - 31 Disember 2014)


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Nanti nak update untuk tok zumal ^_^

    BalasPadam
  2. nak renew balik kena tunggu 1 disember ke guna cara manual ea.. malas nak beratur ambil baucar..

    BalasPadam
  3. Baguih2.. menarik.. Thanks sharing info Lya.. :)

    BalasPadam
  4. Kna buat prmohonan baru sbb dah kawin

    BalasPadam
  5. Ingat tu, siapa yang layak tu kena update la juga walaupun pernah terima sebelum ni ye..

    BalasPadam
  6. owh kena update eh..hihi.. oke noted! thanx sharing :)

    BalasPadam
  7. Yang x layak tu janganlah nak mintak n tipu2 kelayakan. Haram ok!

    BalasPadam
  8. Oooo boleh mohon dah bulan depan..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.