Akif Dapat Nombor Berapa

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Pagi Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Akif Dapat Nombor Berapa ???

Keputusan untuk Peperiksaan Akhir Tahun Akif untuk sesi 2014 dah pun keluar pada 5 November 2014 yang lalu..Nak tahu tak Akif dapat nombor berapa ?? Cer tengok tangan Akif kat bawah ni ..Cikgu tuliskan nombor yang Akif dapat kat tangan...

Masa Cikgu panggil kat depan kelas dan Cikgu bagitahu Akif dapat nombor lima lain betul muka dia..Sedih jer nampak mendung jer muka..Lya ada kat situ masa Cikgu bagitahu nombor sebab Lya ke sekolah Akif untuk bayar yuran..Lya tengok muka dia rasa cam tak sampai hati jer..Tetiba pulak hati seorang Umi ni jadi sedih..Air mata Lya ni kan mudah jer mengalir bila tengok muka sedih Akif siap pakej dengan mendung berarak lagi...Lya tahu Akif harapkan dapat nombor satu,dua atau tiga tup tup dapat nombor lima..Memang la dia sedih...

Lya ada cakap ngan Cikgu Qis..Akif punya pencapaian makin teruk ke ?? Cikgu cakap tak teruk makin meningkat peratusan makin naik ..A bertambah tapi nak buat macam mana takde rezeki dia nak dapat nombor satu dua tiga sebab kawan kawan yang lain ada lagi tinggi markah dari Akif.Cikgu Qis cakap markah diaorang berbeza tak sampai sepuluh...Cikgu Qis cakap sedih jugak tengok Akif camtu,bila dapat nombor lima..Tapi Cikgu Qis bagi kata semangat bagitahu walaupun dapat nombor lima Akif antara pelajar terbaik untuk peratusan meningkat hingga akhir tahun..Alhamdulillah ...

Kalau tengok pada keputusan Akif ada peningkatan untuk peratusan keseluruhan dan juga penambahan jumlah A ..Untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 Akif dapat 7A,2B dan 1C dengan peratusan markah 828/1000 tapi untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2014 Akif dapat 8A,2B dengan peratusan markah 919/1000.Alhamdulillah dari segi pelajaran Akif berjaya tingkatkan lagi peratusan.

Keputusan yang paling mendadak adalah peningkatan dalam Bahasa Inggeris daripada 51% untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun ke 91% untuk Peperiksaan Akhir Tahun..Akif lemah sikit dalam Bahasa Arab dan juga penulisan Jawi..Kalau Bahasa Arab memang susah sikit untuk Akif..Bahagian Penulisan Jawi,Lya masih tercari cari kenapa peratusan Akif menurun sedangkan kat rumah kalau belajar Akif OK jer ..

Untuk matapelajaran Matematik memang takde masalah buat Akif setakat ni..Masih kekal dengan markah 100% ..Alhamdulillah walau apapun Lya cukup cukup bersyukur dengan pencapaian Akif..Tahniah Akif ..Teruskan berjuang untuk BERJAYA di masa akan datang ..Umi & Abah doakan Akif berjaya dunia akhirat.. InsyaAllah ..Aaamin aaamin ..

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Alhamdulillah... Next year mesti up lg tu kn... Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Papa Blogger ... Tu la nak kena UP lagi la nie ...

      Padam
  2. takpe..oklah tu kan no5..cuba lagi akif...


    p/s: jangan merajuk tau? belog sis masuk kategori no 10 dan 11.. :) bloglist tu plg penting tau? hehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Anty Kathy ... Hehehe btol tu Bloglist tu paling penting

      Padam
  3. Next year blh cuba lgi kan, yakin akiff pasti blh

    BalasPadam
  4. terbaik top five juga tu akif..mak kena bagi hadiah tu tau...

    BalasPadam
  5. Alhdmullilah... pandainye akif..
    Tahniah bt akif.. walaupon xbrjaya dpt no 1 tp peratus tinggi ok da ru

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah tahniah.. semoga terus berjaya... aamiin.

    BalasPadam
  7. Kira ok laa..
    Peratusan menigkat..
    bukan menurun..

    BalasPadam
  8. Cepat jugak Akif dapat results.
    Abe x lagi.
    Dulu pun lambat.
    Dulu no.6, ni.xtaulah.
    Nampak impressive results /marks akif.
    Ada peningkatan drastik.
    Semoga anak-anak k.Lya terus berjaya dunia & akhirat.

    BalasPadam
  9. Wah tahniah. English kena perbaiki lagi rasa boleh dapat no 1 atau 2

    BalasPadam
  10. Tak perlu ditekan anak tu. Kalau dah semula jadi tak pandai apa blh buat, tapi kalau otak bergeliga..Alhamdulillah..:)

    BalasPadam
  11. Comelnye Akif merajuk. Hihi. Not bad la markah Akif tu.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..tahniah Akif...ok laa tuu...top 5

    BalasPadam
  13. wahh oke la tu akif.. xmau sedih2.. nanti tingkatkan lagi ye :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.