❤ Tegurlah Dengan Berhemah ..Bukan Menyindir !!!! ❤

October 30, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Pagi Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Kadang-kadang kita lihat sekeliling ada yang menyakitkan mata kita, boleh membuatkan dosa kita bertambah,boleh menjadikan sesuatu perkara itu menjadi lebih teruk jika tidak ditegur.Sewaktu ini kita dalam delima sama ada nak tegur atau tak? jika kita tegur orang yang kita tegur itu akan sakit hati dan benci kita, akan maki kita cakap macam-macam terhadap kita, terus menjaja nama kita dengan perkara yang negatif. Jika di terima teguran itu dengan positif Alhamdulillah hati dia masih belum gelap. Jika kita tegur perkara itu akan terus berleluasa dan tersebar seperti virus malah merebak dan menjangkiti itulah ibaratnya.

 Kita perlu tegur juga seseorang itu jika dia melakukan perkara yang dilarang tapi tegur bertempat. tegur dengan cara yang elok, tegur bukan dengan cara mengaibkan dia. tegur seperti memuji dia agar dia dapat menerima teguran kita. bukan tegur secara memaki, memarahi, memperli, dan mengaibkan dia. sekurang-kurangnya kita tegur dia sebab itu perintah Allah. Jika kita tidak tegur kita akan dijatuhkan dayus. Dayus ialah orang yang tidak diterima syurga. Bertindak memdiamkan diri jika melihat perkara mungkarlebih jahil daripada menegur dan menghalang daripada perkara mungkar terus terjadi.

Tegur walaupun dengan sepatah sekurangnya itu dapat menyedarkan dia. teguran itu sebagai nasihat bukan menyindir. Teguran itu positif bukan negatif. Teguran itu akan membina bukan menjatuhkan. Jika hari-hari kita tegur dia seperti ibu melarang anaknya hari-hari ibu tegur, tapi anak kata 'kenapa ibu hari-hari berleter tak penat ke mak berleter hari-hari' Ibu takkan penat berleter selagi tidak lihat anaknya berubah dari leteran ibunya itu. Kadang-kadang anak pun sudah muak dengan leteran ibu dan anggap itu perkara biasa. Biar anak kita muak jangan kita putus asa. sebab itu perintah Allah setiap perkara yang kita lakukan semua akan dicatit. Bila sampai masanya nanti anak kita akan sedar dan ingat satu persatu teguran dari Ibunya itu. Bila ia berada jauh dari Ibunya. Setiap apa yang diperkatakan ibunya insyaallah anaknya akan ikut, bila sampai masanya. janganlah letih dan berputus asa.

Layang-layang tanpa tali ia takkan dipanggil layang-layang tapi akan melayang ditiup angin dan menghilang kadang-kadang akan rosak ditusuk ranting pokok.

Artikel Menarik yang Lain

14 Sahabat Setia

  1. sy takut nk tegur org....walau bhermah cmne skali pon, tetap akan mengguris perasaan org..so x berani amik risiko hehehe

    ReplyDelete
  2. kadang2 takde niat menyindir pon tapi terasa sendiri..acane tu?

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Tegur dengan cara berhemah, bukanlah dengan menyindir kan.. Menyindir ni hanya akan menambah marah je..

    ReplyDelete
  4. setuju tu...tapi ada orang tak reti nak faham tu yang kena sindir....hihi

    ReplyDelete
  5. Setuju tu kak lya..
    Tp payah nk tegur org skg...
    Bleh djwbnye kubur masing2...
    Kadang2 yg menegur pon kene ade caranye..
    Jgn tegur tpt trbuke smpai mngaibkn org tu

    ReplyDelete
  6. mak CT memang tak pernah penat hihihi.. tapi bila dia geram tu pedas jugaklah words yang keluar. hihi time tu mulalah cem kena panah petir hihihi.. tapi hakikatnya sungguh.. tak kira siapa kita apa pangkat jawatan or apa sekalipun.. nak tegur kena ada caranya. jangan main hentam saja. itu bukan nasihat.. itu cari gaduh :P

    ReplyDelete
  7. memang betul.......betul sangat tak tertulis rasanya kat sini apa yg ada dalam hati ni terhadap seseorang

    ReplyDelete
  8. Saya selalu tegur kawan direct tapi buat x faham jugak.
    Saya tegur tu pun sebab ada orang lain sama mintak tolong tegurkan.

    ReplyDelete
  9. ye betul tu..tegur dengan cara yang terbaik.

    ReplyDelete
  10. kadang tegur berdepan, kena perli pulak... serba salah dibuatnya... tapi sha kadang redah je tegur... tak perlu nak sindir... ni baru kejap tadi baca komen ala2 sindir... hurm... diamkan diri je la... kita balas dengan gelak gittew....

    ReplyDelete
  11. Betul tu.. nak tegur zaman skrng ni bukan boleh senang2 tegur kan.klu tak kena cara boleh jadi lain pulak...

    ReplyDelete
  12. Saya ni selalu direct je.
    Tapi, kalau banyak kali direct saje buat tak paham jugak..memang akan kena sindir lah..
    Tapi, sindir saya tu saya akan cakap kuat bagi dia dengar.
    * Mood geram pada rakan sekerja yang pemalas.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.