❤ Kepentingan Air Untuk Tubuh Badan Kita ❤

October 16, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Petang Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

Sekadar Hiasan Semata2
Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.

Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.

Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.

Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.

Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.

Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.

Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.

Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

Adakah anda minum air dengan cukup?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

SUMBER : Mr Google 


Artikel Menarik yang Lain

22 sang pencerita

  1. assalamualaikum lya...mmg air tu penting utk tubuh badan kitakn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Mama..Mmg betul tu Mama..thanks ya Mama sudi singgah

      Delete
  2. kalau dapat air yang atas tu pun sodap lya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la Kak Aida ..tu yang Lya nak bgtau tu hahaha ..Kak kita kongsi air tu Kak jgn bagi org lain hahahaha............

      Delete
  3. Nad sokong sangat2...air memang sangat penting..
    Habit minum air putih juga kita kena ajar pada anak sejak dari kecil lagi..
    Jangan biasakan anak minum air manis dalam botol susu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERBAIK Nad ..Kak Lya pon sokong jugak ....
      jangan biasakan bagi air manis kat anak2 ..
      Kena banykakkn air putih utk kesihatan mereka ..
      Nad tq ya sudi singgah ...

      Delete
  4. terliur tgk air tu..hihi.. nice info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mmg itupon niatnya nak buat org terliur hahahhaa ......jom minum..

      Delete
  5. Kekadang zumal rasa macam dah terlebih air. Hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal hehehe .terlebih sikit takpe jgn terkurang air sudahhhhhhhhh

      Delete
  6. Boleh kurus kalau minum air puth banyak..

    ReplyDelete
  7. Sedap pula air bandung cincau tuh..

    ReplyDelete
  8. Kak Lya, nape letak air bandung. Saje la tuu nak bagi ana terliur. Isk! Sampai hati. Hahaha. Thanks sharing kak. ^_^

    ReplyDelete
  9. klu byk minum air , kulit lembap . tu yg saya perasan la ...

    ReplyDelete
  10. Air juga untuk membuang toxin dalam badan....so kena minum air banyak2....

    ReplyDelete
  11. Air bukan setakat utk minum tp utk bersihkan diri gak. Air byk penggunaannya dan kelebihan kan kak.

    ReplyDelete
  12. Air bukan setakat utk minum tp utk bersihkan diri gak. Air byk penggunaannya dan kelebihan kan kak.

    ReplyDelete
  13. Bila ckp ttg air manis, 10 tahun dulu saya pernah bekerja sbg eksekutif di sebuah sykt. Kerja saya bnyk bahagian PR.. hari2 jumpa dgn klien utk meeting & perbincangan. Yg paling best setiap perjumpaan ada makan, jadi hari2 makan free huhu.. tp yg jadi kurang sihat tu, setiap meeting ada air teh, kopi, sirap, manggo dll.. satu hari lebih 10 cawan bantai air manis je. Nasiblah dah berhenti kerja kat situ, klu tak bukan lagi sihat.. penyakit je jadinya.. :D :D

    ReplyDelete
  14. alahaii terliur plak tgk bandung cincau tuu kak lya

    ReplyDelete
  15. Kena banyak minum air selalu lah kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.