❤ Bahaya Keputihan Semasa Hamil ❤

October 08, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Please be alert...
Bahaya keputihan semasa hamil

Tahukah sahabat bahawa , 

Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak segera merawatnya. 

Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan keputihan kepada ibu hamil:

1.Chlamydia
Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2.Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3.Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4.Kuman HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5.Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Oleh itu, kepada ibu2 hamil jangan sesekali anda mengambil ringan masalah keputihan ini. Sayangi diri anda dan bayi yang dikandung. Jangan kerana kedegilan anda menjaga kesihatan, anda pertaruhkan nyawa bayi anda.


Artikel Menarik yang Lain

11 sang pencerita

  1. ehh yeke kak lya
    ayu pon alami keputihan
    teruk jugak
    tapi tak gatal and xbau
    dah penah cek doktor pon
    tapi xde gtau pape pon

    ReplyDelete
  2. good info..
    saya mengubati penyakit tu dengan GoGeous.. alhamdulillah mujarab

    ReplyDelete
  3. good info kak lya, dulu ada gak keputihan tapi tak serius dan tidak berbau. tapi, apapun kita kena alert selalu ngan perubahan hormon dan cecair dalam badan kita kan. Tq kak :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...terima kasih berkongsi input bermanfaat ni...baru tau bahaya nya...setakat ni Alhamdulillah, masa preggy dulu tak kena keputihan...tapi tetap kena berjaga2 kan?...

    ReplyDelete
  5. fuhh..banyak jugak kena jage kan.. nice info kak lya.. :)

    ReplyDelete
  6. tak menyangka begitu banyak bahayanya ...

    ReplyDelete
  7. Lya slama ni kurang peka brkenaan prkara ni.skrg ni dah tahu kna hati2 kot2 nnt Lya mgndung

    ReplyDelete
  8. Mesti treat.
    Kalau x ok jugak, kene buat test tgk specifically bacteria /fungus apa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.