Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Petang Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Huhuhuhu semput kejap ..Bukak jer FB tengok2 ada lagi satu segmen daripada Blogger Ben Ashaari ..
Huaaa dah pukul 5 lebih ni sempat ke tak nak join ..Segmen tutup jam 6 petang huhuhuhu..Sempat ke nak taip ni ... Taip jer la ..Harap2 sempat ...
Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !
Peranan Lya sebagai seorang Blogger..Kalau boleh nak jadi blogger bertanggungjawap..Sentiasa menulis sesuatu yang memberi manfaat untuk orang ramai diluar sana .Tak nak jadi blogger sekadar nak up entry PANAS dan sebagainya.Nak jadi Blogger yang dikenali kerana tulisan sendiri tanpa mengharapkan orang lain..Nak jadi blogger yang boleh memberi sedikit ruang untuk orang lain bernafas dalam entry yang ditulis.. Tak nak tulis benda2 mengarut yang tak masuk akal ..Nak jadi blogger yang MENULIS BIARLAH DARI HATI !!!!
Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?
Mak aii soalan ..Hehehe camner nak brenti kerja kita tak kerja hahaha..Tapi takpe nak jawap jugak nak jawap jugak ..Sekarang ni Lya blogger separuh masa jer ..Saja suka2..Tanggungjawap surirumah ni berat tau, Nak kena jaga itu jaga ini.. Takleh tumpu sepenuh masa kat Blog huhuhu.Ada masa layan ...Bisnes untuk masa depan ??? Bisnes apa ya..Ok setakat yang Lya tahu Lya ni suka jugak bab2 bisnes tapi rasa2 la kalau untuk bisnes.Lya pilih Perniagaan Perabot Terpakai dan Barang Antik.Hehehe nak citer panjang2 pon TUAN PENGANJUR tanya pasal bisnes apa jer bukan tanya kenapa pilih bisnes tuu .Ok jadi tak yah citer la ....
Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?
Harapan .... hehehe tetiba plak ingat lagu nyanyian Hyper Act..Nyanyi sikit sambil tangan duk menaip. Harapan Lya semoga apa yang Lya tulis apa yang Lya cerita dan apa yang Lya sebarkan biarlah mendapat sedikit ruang untuk orang lain belajar daripada pengalaman dan cerita2 yang Lya tulis ...Moga2 apa yang Lya kongsikan dapat juga memeberi manfaat pada sahabat2 diluar sana ... Yang baik datangnya dari Allah yang buruk itu datangnya dari kesilapan Lya ..Moga tiap perkongsian Lya mendapat temopat di hati anda ..terima kasih sudi singgah ..sudi komen dan sudi bersahabat dengan Lya walaupon hanya di alam maya ..
Ok Dah Siap !!!!!!!! ....
SEGMEN INI AKAN TAMAT PADA 12 September 2014 Jam 6 Petang..
Huuuuuuhhhhhhhh siap jugak ...Ayat tunggang langgang sebab nak kejar masa ..
30 Ulasan
Alaaa...lg 2 min nk pukul 6..x smpt nk taip dah entry...
BalasPadamAda lagi rupanya sambungan entry semlm..melepas aku..huhu..
Anyway, mesti sonok Lya jadi surirumah kan..hihi..
Hehehe Lya pon tahu LAST MINUTE la Mama Kaori huhuhuhu...
PadamSeronok sangat2 dapat tgk anak2 membesar depan mata
happy blogging sis. kan best kalo dpt earn beribu melalui blogging. hehe. gotta work extra harder.
BalasPadamTq Fae ,...Tu la kena USAHA USAHA DAN USAHA LAGI ........
Padamsama laa, ayat tunggang langgang sebab mamai mengantuk bagai... whahahahaa
BalasPadamsemoga tercapai hasrat di hati kak lya ~~
Tq Sha ...... Hehehe tula taip ni pon laju gilerrr ..........
Padamterbaiklah kak :)
BalasPadamTq CP
Padamwelcome :)
PadamSelama zumal singgah ke sini sememangnya blog Lya menyampaikan sesuatu yang bermanfaat dan berguna. Banyak juga berunsur nasihat. Moga teruskan berblog yer ^_^
BalasPadamTq Zumal ..Sentiasa support ..selalu singgah dan selalu komen kat Blog Lya ..Tq tq tq
Padammama lagi lah... langsung tak sempat! bz hari ni
BalasPadamsempat jgk kak lya.hihi
BalasPadamLya x da idea nak up hhee
BalasPadamAssalamualaikum Lya... senyum2 je baca tang betapa berat tanggungjawab kat rumah tu... he hehheh tapi kita curi masa juga nak berblogging, sikit2 pun jadilah... salam kenal dari segmen ben ashaari.
BalasPadamBetul..
BalasPadamBiarlah tulisan tu datang dari hati.
Bukan ikutan. It
Kunjungan balas. Kaji sebelum tulis, sesuatu yang baik.
BalasPadamSemoga tercapai segala yg dihajati... aamiin. Slmt bersegmen & all the best Lya.. :)
BalasPadamjadilah seorang blogger yang menulis sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca :)
BalasPadamkak, pukul 6petang kak..bukan malam.hihihi
xpe kak, janji siap entrinya, salam kenal
BalasPadamsakinhani
All the best...
BalasPadamassalammualaikum... salam pengenalan. zyla singgah dan follow sni. nanti singgah lagi. jemput ke blog zyla ye.. http://terjemahanhati8.blogspot.com/
BalasPadamHamboihh..sempat lagi tuh join segmen last minit. :D betul tu. Blogger merupakan sumber inspirasi, juga sebagai bahan rujukan. ^_^ selamat bersegmen.
BalasPadamterbaik kak lya punya jawapan..
BalasPadamsantai tapi meninggalkan kesan positif terhadap pembaca..:)
Salam kenal
BalasPadamDari segmen yg sama..
Tqvm singah blog saya
Saya pun fullhousewife ..
memang tak trkejar suma kija..:D
Salam kenal.Singgah dari segmen yang sama. Betul tu Lya, tulis dari hati. itu dah pasti.
BalasPadamhttp://olahbersama.blogspot.com
Hai Lya! Singgah sini dari segmen sama.. Hehe..
BalasPadamSemoga setiap penulisan kita ni membari manfaat buat semua hendaknya.. Amin.. =)
SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !
Dari segmen yg sama. Masing2 ada pendapat sendiri. Yg penting biarlah kita bersaing secara sihat.
BalasPadamhttp://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Ros singgah sini dari segmen yang sama :)
BalasPadamhttp://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Salam perkenalan..
BalasPadamSmg tercapai apa yg dhajati.
Gud luck.
Done follow..
Jemput ke sini:
tellingstory11.blogspot.com
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.