❤ Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri Tercinta ❤

August 25, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri Tercinta

Hadiahkan Doa 
Selalu berdoa untuk kesejahteraan isteri yang dikasihi dan beritahu isteri yang dirinya setiasa berada di dalam doa ..

Hadiah Mendengar 
 Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yang nak dikatakan. (eye contact).

 Hadiah Tanda Kasih 
Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yg ada didalam diri anda..

 Hadiahkan Sehelai Nota 
 Ia mungkin ringkas seperti “Saya Sayang Awak!”, “saya nak awak selalu!” “Senyuman awak buat hati saya tenang.” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa..

Hadiah Ketawa 
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” “Saya suka cara awak ketawa” “Saya suka cara awak berjalan” dan lain2.

 Hadiahkan Puji-Pujian 
Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak la” atau “Sedapnya masakan awak” atau “Cantik baju ni sayang!” dan lain2..

Hadiah Bantuan 
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yang boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2 lagi isteri yang juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

Hadiah Kejutan 
Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda. Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar2 dia tak jangka.. Bercuti di tempat2 yang indah dan romantik..

Hadiah Bersendirian 
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

 Hadiah Keceriaan 
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

Hadiah Riadah
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu, Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang..


Artikel Menarik yang Lain

21 sang pencerita

  1. hadiah tak semestinya memerlukan perbelanjaan yang besar kan

    ReplyDelete
  2. hadiah untuk pengikat kasih sayang :)

    ReplyDelete
  3. Salam ukhuwah dari saya..kunjungan balas

    Suka baca ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhuwah..terim kasih sdi sggah..

      Delete
  4. Betul tu.. Kaum wanita lebih suka dihargai dgn hadiah2 yg x semestinye berupa barangan. Terima kasih pun dah cukup istimewa. :)

    ReplyDelete
  5. setuju tu lya.tu pun dah cukup istimewa untuk isteri..cuma stu bonus lah kalau dapat sesuatu dari husband kan.,..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Terharu jugak masa mula2 up entry ni

      Delete
  7. Kalau dpt semua hadiah tu kan best. Tapi klo dapat salah satu pon dah ok ☺

    ReplyDelete
  8. Hadiah bantuan tu rasanya yang paling sukar bagi lelaki selagi ego mereka melangit tinggi.

    ReplyDelete
  9. Subhanallah walhamdulillah.. thanks sharing Lya..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..inilah yang terbaik :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.